'/>

50 PRINSIP & TINDAKAN ADENAN SATEM
ANAK SARAWAK
1. Bumiputera di Sarawak tidak seharusnya diklasifikasikan sebagai lain-lain.
2. Masyarakat Cina bukan pendatang
3. Putrajaya adalah diingatkan untuk tidak menggubal dasar-dasar yang mana semua bumiputera dikelaskan berbangsa Melayu atau beragama islam.
4. Pengusiran pendatang haram. Jabatan Imigresen disarankan bertindak lebih aktif.

PEMANSUHAN ATAU PENGURANGAN CAJ
5. Penggurangan tariff elektrik berdasarkan penggunaan :
• Domestik berkuatkuasa pada 1.1.2015
• Komersial berkuatkuasa pada 1.6.2015
• Industri berkuatkuasa pada 1.6.2015

6. Semua perkhidmatan feri di seluruh negeri diseragamkan.
7. Sarawak bebas tol Jambatan Lanang (24 Mei 2015), Baram (1 Jun 2015) dan Tun Salahuddin ( 1 Januari 2016).
8. Tiada CUkai Barang dan perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas setiap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.
9. 9. Kerajaan Negeri memberi geran kepada Sekolah Persenderian  Cina sebanyak
• 2014 – RM 3 juta
• 2015 – RM4 juta
• 2016 – RM5 juta

10. 10. Pengikitirafan UEC (United Examination Certificate) dengan memberi kelayakan memohon pinjaman/biasiswa Yayasan Sarawak dan  memasuki perkhidmatan awam negeri adalah di bawah janji Kerajaan Negeri  kepada sekolah  persendirian Cina.

KOMITEEN PETRONAS
11. Kontrak akan diberi kepada syarikat Sarawak – RM2.1  bilion setiap tahun
12. Memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS. – EM10 juta setahun.
13. Dana pendidikan PETRONAS untuk pendidikan dan latihan sekolah teknikal – RM420 juta untuk 5 tahun.

TRANSFORMASI LUAR BANDAR
14.Penubuhan satu bahagian baharu (Serian), Sembilan daerah baharu (Telegu, Subis, Beluru, Telang Usan, Sebauh, Bukit Mabong, Tanjung Manis, Pusa dan Kabong) serta enam daerah kecil baharu (Siburan, Bario, Tinjar, Long Bedian, Mulu dan Nanga Budu).
15. Tambahan RM500 juta untuk pembangunan luar Bandar bagi merapatkan jurang antara Bandar dan luar Bandar.

TIADA PARTI POLITIK LUAR SARAWAK.
16. Sarawak menolak parti dari Semenanjung.
17. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.

PENDIRIAN/ INISIATIF KERAJAAN NEGERI
18. Melaksanakan etika dan integriti dalam kepimpinan kerajaan Negeri.
19. Sarawak mahu lebih kuasa autonomi selaras dengan penurunan kuasa kepada negeri ini.
20. Perbincangan mengenai royalti minyak masih diteruskan.
21. Perbincangan dan rundingan pemberian kuasa kepada kerajaan Negeri, mengikut terma dalam perjanjian Malaysia.
22. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar di sekolah bukan jenis kebangsaan masih di peringkat rundingan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan rasmi kerajaan negeri.
23. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi kedua Negeri Sarawak.
24. Penangguhan sementara (moratorium) pembinaan empangan Baram.
25. Penyelidik antarabangsa dan pengkaji alam sekitar digalakkan membuat penyelidikan di taman negara.
26. Menggalakkan kerjasama dengan Persatuan NGO.
27. Lesen menangkap ikan yang dialibabakan akan dibatalkan.
28. Semua penerima di bawah Program Bantuan Kebajikan mendapat tambahan RM50 setiap bulan.
29. Kejayaan rundingan Fasa pertama mengenai penurunan kuasa autonomi dalam 13 perkara iaitu memperkasakan tadbir urus kerajaan Negeri.
30. Rundingan Fasa Kedua mengenai penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan ke Negeri Sarawak sudah bermula melibatkan undang-undang yang bertindih dengan hak-hak Negeri berdasarkan perlembagaan.
31.Menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Sarawak dengan memperkenalkan ‘Dasar Rumah Mampu Milik Sarawak”.
32. Menggubal mana-mana undang-undang di polisi di Sarawak untuk berkaitan diskriminasi terhadap wanita untuk memberi peluang yang sama seperti kaum lelaki.

PENGURUSAN DAN PENGUATKUASAAN HUTAN
33. Tiada lagi pengeluran lessen baru untuk pembalakan serta perladangan.
34. Separuh daripada Lesen OT (Occupation Ticket/Sijil Pendudukan Sementara) telah dibatalkan atau tidak diperbaharui.
35. lebih 30 kilang papan dengan hasil kayu balik haram telah ditutup.
36. 10% daripada keluasan Tanah Negeri (State Land Mass) akan diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (Totally Protected Areas).

SARAWAK HARMONI
37. Sarawak tidak akan bertoleransi terhadap sifat perkauman.
38. Penganut bukan islam bebas mengamalkan agama masing-masing.
39. Kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa tapi harus dengan adab dan saling menghormati.
40. Tiada sekatan bagi penggunaan Bible versi Bahasa Melayu di Sarawak.
41. Hudud tidak diterima di Sarawak.
42. Golongan fanatic dan pelampau tidak diterima di Sarawak.
43. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagai budaya, perpaduan dan harmoni.

PENDIDIKAN TEKNIKAL
44. Mengutamakan pendidikan teknikal.
45. Jarak dari Telok Melano ke Merapak meliputi 1,089 km dinaiktarag dengan manfaat berikut :
• Pembinaan jalan 2 lorong ke 4 lorong di lebuh raya seluruh Sarawak
• Jambatan moden, kawasan rehat dan servis yang selesa.
• Masa perjalanan yang singkat.
• Meningkatkan keselamatan jalan raya.

GURU-GURU DI SARAWAK
46. Nisbah Sembilan guru tempatan kepada 1 guru dari luar Sarawak di bawah inisiatif 90:10  menjelang tahun 2018 adalah di bawah “Guru-guru dalam seksyen Sarawak”.

TANAH DI SARAWAK.
47. Menambah bilangan kawasan tanah komunal bagi tujuan meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat.
48. Pengiktirafan berterusan ke atas tanah Hak Adat Bumiputera dan pelaksanaan pengukuran perimeter NCR inisiatif baru serta pengukuran lot secara individu telah Berjaya membawa banyak kawasan Hak Adat Bumiputera yang sahi9h didaftarkan bagi membuka peluang untuk ianya dibangunkan secara komersial.
49. Pindaan Seksyen 5(5A) Kanun Tanah Negeri baru-baru ini telah membolehkan kaum Bumiputera (NCR) di luar kawasan komuniti mereka yang mana ianya dapat meningkatkan peluang tanah tersebut dibangunkan.
50. Menghilangkan keresahan dan kerisauan pemilik tanah dengan mengekalkan Tempoh Pegangan Kekal (Perpetuity Terms) ke atas lot-lot baru hasiul pecahbahagi lot asal yang mempunyai tempoh pegangan yang sama.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu rakyat negeri ini menolak sepenuhnya pembangkang khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Tegas beliau, ini kerana parti-parti pembangkang di negeri ini adalah berpecah selain ideologi terutama yang diperjuangkan oleh PAS tidak dapat diterima di Sarawak khususnya hukum hudud.

“PAS dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) bergaduh dan tidak bersatu, maka jangan sama sekali undi mereka.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY