'/>

Sarawak komited untuk membangunkan infrastruktur asas ICT di negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha meningkatkan lagi keluasan liputan jalur lebarnya termasuk di luar bandar.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, dengan itu kerajaan negeri komited memperuntukkan RM1 bilion dengan harapan, kerajaan persekutuan memberi peruntukan sama dalam perkara itu.

#goAbgJoGo
#TeamAbgJo
#NegarakuMalaysia
#sodiakroks
#JlnTokTok

Buat andaian dan prasangka buruk biar dengan akal waras. Sebagai contoh Kawasan ADUN  N42 Semop bukannya kecil .

Selidik dan faham berapa buah kampung dan rumah panjang semua dalam kawasan. Bukannya jalan sahaja yg nak dibina tetapi banyak lagi keperluan lain di seluruh kawasan perlu dilaksanakan. Agak-agaklah Mazlan Reduan.

*Laman web benteras berita palsu dilancar*

Ingat lagi gara-gara heboh dakwaan tidak berasas Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji sebanyak RM500 juta wang simpanan telah dikeluarkan oleh pencarum sepanjang tahun 2015.

Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu juga memberitahu akibat darinya seramai 3,600 pendeposit menarik diri daripada mengerjakan ibadah haji kerana “hilang kepercayaan kepada TH”.

Baru ini juga Kementerian Pertahanan jenuh kena menjelaskan Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara atau angkatan bersekutu untuk menyerang Yaman.

Katanya  tujuan utama atau 'sole purpose' Angkatan Tentera Malaysia berada di Arab Saudi adalah untuk bersiap sedia membantu dalam misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman.

Ini belum lagi cerita ADUN PKR Selangor Rodziah Ismail dakwa kononnya BN nak tipu masa pilihanraya umum ke 14 dengan import jari palsu dari China.

Kalau lihat di laman blog,facebook,whatsapp,twitter hari-hari macam-macam disebar oleh puak pembangkang dan mereka yang ‘gatal tangan’.

Bayangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dartuk Seri Salleh Said Keruak beritahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kenalpasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular dalam negara.

Mereka yang ragu-ragu mengenai sesuatu berita atau sebaran diterima secara dalam talian melalui media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog atau laman sesawang boleh lapor dan semak  di laman web ini untuk pengesahan maklumat berkenaan.

bit.ly/SebenarnyaMY
bit.ly/SebenarnyaMY
bit.ly/SebenarnyaMY

50 rakyat Korea Utara yang bekerja di Sarawak dan visanya sudah tamat tempoh akan dihantar pulang ke Pyongyang dalam waktu terdekat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, rundingan antara kerajaan dan pemerintah Korea Utara bagi membawa pulang baki 9 warga Malaysia di sana masih sedang berjalan susulan tindakan kerajaan Korea Utara menyekat 11 warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY