'/>

*KEBIMBANGAN  MENGENAI CADANGAN PENUTUPAN DUA (2) IPG DI SARAWAK*

*KENYATAAN MEDIA PEMUDA PBB*

1) Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bimbang jika cadangan penutupan dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak seperti dilaporkan adalah benar.

2) Sehubungan itu, Pemuda PBB akan berhubung dengan Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

3) Kita yakin Kementerian Pelajaran mengetahui akan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk melahirkan lebih ramai guru tempatan bagi mencapai ratio 90:10 dan akan mengambil kira perkara ini sebelum sebarang keputusan bagi menutup IPG di Sarawak dilaksanakan.

4) Kita juga sedar akan peri pentingnya latihan vokasional dan teknikal, namun sebarang keputusan perlulah diambil setelah perbincangan dan perancangan terperinci dibuat bersama dengan kerajaan negeri dan mereka yang berkepentingan.

5) Menurut Bajet 2017 sebanyak 11 IPG akan ditutup dengan sembilan kampus akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasiknal. Empat buah kampus itu akan menjadi politeknik manakala empat lagi kolej vokasional dan sebuah lagi sebagai Pusat Latihan Jurulatih Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

6) Pemuda PBB merasakan pandangan kerajaan Negeri juga mesti diambilkira sebelum Kerajaan Pusat memutuskan untuk menutup mana-mana IPG di Sarawak.

*YB Fazzrudin Abd Rahman*
*Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak*
*29 Oktober 2016*

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY