'/>

Pengorbanan masyarakat Bumiputera di pendalaman sejak dahulu lagi menyebabkan kawasan bandar begitu pantas bergerak maju.


ADUN Semop merangkap pengerusi BNBBC Abdullah Saidol menempelak ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen berkata, selama ini pengorbanan masyarakat bumiputera yang memiliki tanah asal di bandar-bandar besar Sarawak pada masa dahulu telah berkompromi dan berkorban untuk pembangunan bandar.

Sebelum itu Chong Chieng Jen mempersoalkan ucapan ADUN Semop yang mengusulkan tentang pembangunan asas seperti bekalan air dan elektrik yang belum menyeluruh di pendalaman yang selama 50 tahun BN tidak laksanakan.

"Kami dan seluruh anak bumiputera Sarawak yang asalnya memiliki tanah asal di bandar pada masa dahulu, berkompromi dan berkorban untuk pembangunan bandar pada awalnya," katanya.

"Sekarang bila masyarakat seperti ADUN Kota Sentosa yang sudah mempunyai elektrik, air dan cukup infrastruktur, mereka mula mempersoal kedudukan bumiputera di pendalaman," ujarnya.

Abdullah turut menyatakan bahawa kenyataan ADUN Kota Sentosa itulah falsafah politik mereka.

"Pangkat, kedudukan dan berpolitik sepanjang masa, itulah falsafah mereka," tegasnya

Malah katanya, mereka (pembangkang) akan kalah lagi pada pilihanraya Parlimen akan datang.

Beliau berkata demikian ketika membidas persoalan ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen di Persidangan Dewan Undangan Negeri sebentar tadi. - Sarawakiana

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY