'/>

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga Kementerian Pendidikan.

“Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Saya sedar dan faham perasaan ibu bapa dan murid. Malah sama seperti mereka, saya berasa amat terkilan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan yang bermula hari ini.

Muhyiddin juga memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengesan dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Beliau menjelaskan, satu jawatan kuasa bebas ditubuhkan bagi mengesan punca dan mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.

– UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA: Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.

Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.

Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.

Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa.

“Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan,” kata sumber berkenaan.

Difahamkan kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau.

“Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka,” kata sumber.

Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai “Usrah” di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

“Usrah ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria,” kata sumber itu.

Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi “Usrah” di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang-MSTAR

Berita baik bagi semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tambahan RM300 lagi bayaran BR1M tahun depan.
Beliau mengumumkannya di Majlis Penerangan Perdana Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di PWTC pada Rabu.
Najib percaya rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan apabila menikmati pembangunan hasil pelaksanaan GST April tahun depan.
“Ia adalah demi masa depan negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. GST bukan sahaja bakal mereformasikan sistem percukaian negara tetapi menjamin kepada pengukuhan ekonomi Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dengan sistem percukaian sedia ada, hanya 1.2 juta daripada 12 juta rakyat Malaysia yang bekerja membayar cukai dan perkembangan itu tidak sihat untuk pertumbuhan ekonomi
“Adalah tidak adil bagi 1.2 juta pembayar cukai perlu menanggung keperluan 28 juta penduduk di Malaysia,” katanya lagi.
Najib turut menegaskan sebelum ia diputuskan untuk dilaksanakan, kajian mendalam telah dibuat dengan mengambil kira semua aspek.
“Yakinlah saya tidak akan menyusahkan rakyat. Ini kerana kerajaan berdiri di atas sokongan rakyat,” ujarnya.
Malah beliau menganggap ia langkah ke depan paling besar yang dilakukan kerajaan sejak merdeka.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada ketika BR1M 2.0 iaitu RM500 kepada RM650.
Manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
BR1M 3.0 juga diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Seorang gadis berusia 17 tahun telah di kecam hebat kerana beliau memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan saudaranya lebih tua menggergaji kepala kura-kura masih hidup.

Catrina Shears, dari West Michigan,mamuat naik video yang dia anggap terlalu kejam media sosial pada minggu ini. 

Klip video yang dirakamkan pada telefon mudah alih, menunjukkan remaja itu menggunakan playar untuk menarik kepala penyu keluar dari cengkerangnya manakala abangnya memijak kura-kura dan menggergaji perlahan-lahan pada bahagian leher haiwan itu selama kira-kira 20 saat.

-dairishare

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY