'/>
 
Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina,kini DAP telah meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu pula menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita,langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi. 
 
Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP sudah melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia,Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.
“Buat masa sekarang,ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia.Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

KLPOS melaporkan Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu Kononnya terus-menerus didakwa oleh Umno,parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.Akhbar milik Umno,Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini,menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum,perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.Zairil,yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah,meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.
“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.
Roketkini akan dilancarkan hari ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.
“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.
Penyusun strategi parti,Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layakKatanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.
Zairil juga berkata,keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.
Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.
“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi.Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

sumber:badut

Sarikei;ADUN N36 SEMOP berkata perlaksanan bagi pembangunan merupakan perkara asas dan bukan mudah hendak dilaksanakan.Sebagai contoh kemudahan air merupakan keperluan semasa penduduk dalam tempoh masa yang tertentu.Beliau berkata sedemikian apabila mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi SPDP yang lalu.Katanya jika betul2 wujud ,beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa.Sebagai wakil pemimpin seharusnya berbincang untuk menyelesaikan masalah.Katanya lagi beliau menasihatkan supaya semua pihak tidak mengamalkan sikap suka melenting apabila menghadapi masalah.

Dr Puad Zarkashi menerangkan bahawa BN boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang.

Ditanya strategi BN untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata BN akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

“Seterusnya BN juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan BN dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang,” katanya.
 
Meradong Today(MT) menyambut baik saranan Mohd Puad untuk 'berperang' dengan parti DAP. MT sendiri sudah kerap melondehkan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.

Tetapi tanpa kesungguhan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mewar-warkannya di kawasan masing-masing atau pun media cetak dan elektronik, isu-isu tersebut akan terpadam begitu sahaja.

MT juga teruja dengan kenyataan Mohd Puad mengenai kepentingan media baru sebagai salah satu alat untuk membendung serangan psikologi parti pembangkang.Klik disini. Malah saranan beliau juga merupakan saranan Presiden BN sendiri.


Tetapi selain daripada jentera siber seperti yang disarankan oleh Puad Zakarshi, satu perkara yang perlu ditekankan ialah keprihatinan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu sendiri untuk mesra-siber. Mereka mesti ditekankan tentang kepentingan berkomunikasi dengan rakyat dengan menggunakan social networking seperti Facebook, blog dan twitter.

Satu perbandingan mudah, berapakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang menggunakan akese twitter?

Alasan yang sering didengar ialah pemimpin-pemimpin tersebut kononnya tidak ada masa untuk melayan Facebook atau twtter. Inilah jawapan skema pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak masuk akal dan sangat merugikan.


Di dalam 'tidak ada masa' itu, pemimpin-pemimpin pembangkang telah memperalatkan Facebook dan twitter to the fullest di mana segala info boleh disalurkan, benar atau tidak. Malah, ramai daripada pemimping-pemimping pembangkang yang ramai followers mereka jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin BN!

Jika kita kaji twitter, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin BN begitu lemah jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Begitu juga Facebook atau pun FacePages.
Makanya, MT sarankan kepada pemimpin-pemimpin BN supaya walk your talk. Contohi DS Najib Razak yang menggunakan semua akses social networking tersebut malah beliau sendiri mempunyai program bulanan bersama rakan Facebook yang sangat diminati oleh warga siber.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY