'/>
Nama saya Abdul Karim.Saya seorang lelaki.Dalam Bahasa Inggeris,lelaki disebut sebagai “man”.Untuk diterjemahkan “man” ke dalam Bahasa Melayu,ianya ialah “lelaki”.Bukan “Abdul Karim”.Kerana itu nama saya dan nama lain-lain lelaki yang senama dengan saya.Takkan semua “man” yang ditemui hendak kita kirakan itu adalah “Abdul Karim”.

Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.Beliau seorang wanita.Dalam Bahasa Inggeris,wanita disebut sebagai “woman”.Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu,ianya ialah “wanita”.Bukan “Mariam”.Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam” Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris. “God” dalam Bahasa Melayu disebut  “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”. Mudahnya nak faham.

Oleh - A.Karim Omar
Sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2013/05/eksklusif-apakah-allah-istilah-sesuai.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY