'/>
Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) memberi jaminan kepada orang ramai kelmarin bahawa tiada sebarang unsur tidak adil wujud dalam siasatan konspirasi krisis di Sabah, lapor portal berita Philstar.com semalam.

Pengarah NBI, Nonnatus Rojas memberitahu, kerjasama sebuah jawatankuasa siasatan dengan polis kebangsaan Filipina telah bermula.


Sementara itu, seorang timbalan pengarah agensi itu, Virgilio Mendez berkata, tugasnya kini tertumpu di Mindanao.

Menurutnya, beliau telah melawat Tawi-Tawi, selatan Filipina selepas ketegangan di Lahad Datu, Sabah bermula sejak 12 Februari lalu.

"Kami sudah mengumpulkan keterangan daripada isteri-isteri pengganas, pegawai-pegawai tempatan dan mereka yang terbabit termasuk isteri ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram," katanya.

Azzimuddie merupakan adik Jamalul Kiram III.

Mendezz berkata, dia tidak bertemu dengan bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari kerana belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

Sementara itu, seorang senator Filipina, Antonio Trillanes IV bersetuju dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III bahawa terdapat konspirasi berhubung serangan puak pengganas ke Sabah.

Trillanes menggesa pihak pemerintah supaya memantau perkembangan di Sabah bagi mengelak krisis itu menjadi lebih serius.

Sumber: http://usezworkshop.blogspot.com/2013/03/lahaddatu-bini-pengganas-sulu-diambil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Usezworkshopblogspotcom+(useZworkshop.blogspot.com)&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY