'/>

Kuching:Ucapan YB berhormat YB Semop semasa persidangan ADUN Sarawak dengan menyatakan sokongan terhadap ucapan pembukaan TYT Sarawak yang mahukan rakyat Sarawak mengekalkan kerajaan demokrasi .Beliau menegaskan bahawa rakyat Sarawak perlu menolak sikap perkauman atau rasis dan prejudis yang menkhianati bangsa Sarawak sendiri.Pihak kerajaan BN Sarawak banyak memberi bantuan kepada rakyat seperti bantuan e-kasih, projek score,halal hub dan sebagainya.Penubuhan Yayasan Sarawak yang diasaskan oleh Tun Abdul Rahman  banyak membantu masyarakat Sarawak terutamanya penduduk miskin 

Ini membuktikan kerajaan BN Sarawak tidak mengabaikan  perkara modal insan penduduk tempatan.
Mengenai kawasan N36 Semop beliau memohon supaya pihak kerajaan BN Sarawak menambahkan lagi projek pembangunan logistik dan pasarana seperti bekalan air,jalanraya,elektrik dan sebagainya.Dengan kemudahan ini rakyat kawasan ini dapat menjana ekonomi dengan lenih rancak lagi.Ini adalah kerana penduduk Kawasan N36 Semop menyokong penuh BN .Ini dibuktikan dengan kekalahan pihak pembangkang sehinggakan mereka kehilangan wang pertaruhan..Tambahan beliau lagi kawasan pulau Beruit  terutamanya memerlukan bekalan air bersih dan elektrik .

Kawasan ini kaya dengan hasil lautnya seperti sesa.Disamping itu kawasan Semop memerlukan lebih banyak klinik desa serta padang sukan.Beliau memuji sikap yang ditunjukan oleh penduduk dikawasan Bintangor yang dapat mengekalkan kerharmonian.Beliau lagi menyelar kuasa luar yang cuba melakukan bentuk penjajahan baru dengan melakukan pembohongan terhadap rakyat Sarawak.Beliau menberi amaran jangan menganggu penduduk Sarawak.Selain itu YB Semop bercadang supaya diwujudkan 1 bentuk dana yang diperolehi daripada sumber minyak dan gas  serta balak digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra menjana pendapatan tinggi.Diakhir ucapan YB Semop merakamkan terima kasih kepada penduduk Semop kerana memberi kepercayaan terhadap beliau. 
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY