'/>

Sekitar Majlis Penyerahan Kunci daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei kepada Penghuni RH Panjang Gani (18 Pintu) di Sare dan juga kepada Penghuni RH Jawa (28 Pintu) di Kerubong.

Projek di bawah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) tersebut merupakan inisiatif kerajaan bagi  menggantikan rumah panjang lama yang telah hangus.

1 - 2 Mac 2016, Selasa & Rabu
10.00 pagi
Sarikei

 Sumber:FB DUN Kuala Rejang 

Tanpa kita sedari, hari ini 2 Mac genaplah 66 tahun tahun perjuang kemerdekaan Sarawak dari rukun 13 iaitu Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong digantung mati atas tuduhan bersubahat dan membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart pada 3 Dismember 1949. Oleh itu marilah kita semua warga Sarawak sedekahkan Al-fatihah kepada semua pejuang-pejuang kemerdekaan Sarawak ini. Kerana tanpa pejuangan mereka, mana mungkin kita akan memperolehi kemerdekaan yang kita miliki hari ini. Al-fatihah...

#RosliDhobi
#Rukun13
#PejuangKemerdekaanSarawak
#JasamuDikenang
Sumber:FB Kamek Miak Sarawak

Sikap politik hipokrit Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR  .. kalau ikut kata dan strategik Rafizi harga barang dah lama turun. Tetapi sedihnya Rafizi yg maha pandai dan jelas menipu rakyat ini bicara lain dikhalayak ramai dan kata bukan masalah dia pula dalam grup mereka.

Rafizi PKR org kata memang pakar dlm pidato dan terbukti memang betul cakap pandai kerja tak jadi, cakap tak serupa bikin.

Sikap politik yg cuma nak populariti tunjuk kpd orang ramai mereka bersuara untuk mereka tetapi jelas sikap yg gemar hentam kerajaan nak kelirukan fikiran dan meraih sokongan rakyat.

Kalau kumpulan manusia hipokrit dan tidak profesional begini diberi peluang memerintah, bukan untuk membangunkan kehidupan rakyat tetapi lebih kpd cuma memperalatkan untuk kepentingan politik peribadi. Renung-renungkan serta waraskan justifikasi.

Lebih kurang 800 batang kayu balak pelbagai saiz bernilai kira-kira RM280,000.00 dirampas polis Marin dalam satu operasi di perairan Sungai Merah, Batang Igan, Sibu semalam.

Bertindak atas maklumat daripada orang ramai, satu pasukan polis diketuai seorang pegawai dan tiga anggota telah ke lokasi menggunakan bot.

Mereka menemui longgokan kayu yang diikat seperti rakit, yang disyaki telah diperolehi secara tidak sah.

Setelah menunggu lebih sejam, tiada pihak tampil menuntut kayu itu milik mereka.

Pihak polis telah menghubungi Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

ACP KALAI CHELVAN A/L NADARAJAN ( KPPM WIL 5 )

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sumber:Sarawak update

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY