'/>

Bintangor

Upacara Perhimpunan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-210 Tahun 2017 disempurnakan oleh YAB PM @NajibRazak di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

PERUTUSAN KHAS YAB PM NAJIB RAZAK:-

25 Mac 2017

Mereka ni, boleh dikatakan mula bekerja sebelum saya celik. Balik kerja, kadang-kadang anak-anak mereka pula dah tidur.

Penat berdiri, berjaga, makan tak tentu masa, dan ada juga masanya basah kuyup pakaian mereka sebab disimbah hujan atau berjemur di bawah terik matahari. Inilah yang dilalui setiap hari oleh sebahagian anggota pasukan PDRM yang menjaga keselamatan saya. Pengorbanan mereka bukan setakat tenaga dan masa malah waktu bermesra dengan keluarga tersayang juga terhad. Semua ini supaya saya dapat menjalankan tugas sebagai PM dengan sebaiknya.

Zaman dahulu, kerjaya seperti guru dan polis disegani dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Kini, kadang kala kerana kesilapan segelintir kecil, yang lain dicemuh. Sebenarnya, sebilangan besar dalam kalangan anggota polis kita berkhidmat dengan penuh dedikasi, berhemah tinggi, dan bertanggungjawab.

Sempena Hari Polis tahun ini, marilah kita terus mengeratkan kerjasama di antara pasukan polis dan komuniti.

Saya ingin berpesan kepada semua warga PDRM : - pakailah lencana dan baju seragam anda dengan penuh bangga, dan berikanlah perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Lindungi dan bantu mereka; sebagaimana kita melindungi dan membantu keluarga dan kawan kita sendiri.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua warga PDRM atas pengorbanan mereka. Selamat #HariPolis

SELAMAT HARI POLIS
Polis dan masyarakat berpisah tiada.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY