'/>

Bintangor:
Norfaizah binti Hamidon yang baru berusia 16 tahun merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan memperolehi 6A2B semasa PMR 2011 yang lalu.
Nor merupakan anak sulong dari 3 orang adik beradik....

Pelajar aliran sains dari SMK Kai Chung ini mula mengalami masalah bermula dari bulan 2 tahun ini...Beliau sering kali tidak dapat turun ke Sekolah kerana mengalami "gangguan"
kemuncaknya pada selapas sambutan gawai yang lalu bila setiap kali azan magrib maka nor ini mengalami masalah kerasukan mahluk ghaib.

Ini diceritakan sendiri oleh bapa nor yang bernama Encik Hamidon.Menurut bapanya mereka terpaksa mengawal dan menahan anak perempuannya,dimana satu tahap mahluk halus ini meminta supaya nor ini membunuh diri.
Akibat daripada beberapa peristiwa ini keluarga Nor telah membawa nor berubat secara tradisional dan moden...

Namun sampai sekarang penyakit misteri yang dihidapinya masih belum sembuh...
Semasa lawatam admin MT kerumah mangsa...Bapa Nor mengalir air mata kerana sedih dengan nasib yang menimpa keluarganya.

Hamidon berasal dari kampung penasu bekerja sendiri...Akibat daripada masalah yang dihadapinya pada masa kini beliau tidak mampu bekerja...Hanya bantuan yang diterima daripada JKKK Tanjung Bundung,Pihak Masjid Tanjung Bundung,Wanita serta Pergerakan Pemuda PBB N40 Meradong membantu memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.Hamidon berharap agar pihak tertentu dapat membantu meringkan beban yang ditanggung keluarga beliau sekarang.


lawatan bersama-sama pengerusi JKKK Tanjung Bundung Encik Dollah Nasaruddin

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY