'/>

Panglima ATM Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain berkata beliau difahamkan berlaku tembak menembak di perairan Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah dan pihak polis berjaya menahan seorang suspek dan merampas bot tersebut (bot penjenayah).

Zulkifeli berkata kejayaan tangkapan tersebut membuktikan bahawa kawalan keselamatan negara berada pada tahap yang baik apabila dapat memintas semula bot penjenayah.

Menurutnya pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian 3 pagi itu, anggota di sebuah pos kawalan pada mulanya dilapor mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau itu, dan apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, mereka mendengar dua das tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Situasi tersebut mendorong pihak PGA membalas tembakan sehingga menyebabkan pihak terbabit melarikan diri dalam keadaan gelap.

Sebelum ini Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna pada Rabu.

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.

Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.

"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY