'/>

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub aka blogger samangkol ker apa. ..tidak payahlah mencampuri urusan dalam Sarawak.Bagus jaga jer Parlimen Raub tu...
Sarawak ini dibawah pemerintahan Parti dari Sarawak sendiri PBB,SUPP,PRS dan SPDP.Biar parti politik ini saja yang menjaga sosio-ekonomi, politik, pembangunan serta agama di Sarawak.Kita tidak perlu politik luar terutamanya Dap. ..
Ibarat kata pepatah orang melayu jangan jaga tepi kain orang lain tepi kain sendiri "berlubang"...

KUCHING: Melawat ke kawasan rakan masing-masing menjadi antara perancangan yang dirangka oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua BNBBC Abdullah Saidol berkata, aktiviti politik itu adalah bagi menguatkan Barisan Nasional (BN) sekali gus mengukuhkan sokongan ke atas wakilwakil rakyat BN di sesuatu kawasan.

“Bermula tahun depan, kami (ahli BNBBC atau wakil- wakil rakyat) akan melakukan aktiviti lawatan ke kawasan rakan masing-masing dan dari situ, kami boleh berkongsi serta bertukar maklumat mengenai konstituensi.

“Selain itu, kami juga akan membawa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) untuk mendekati belia dan menerangkan mengenai prinsip-prinsip politik BN,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra BNBBC selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib di sini, kelmarin.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah BNBBC juga akan meletakkan pelbagai usaha ke atas Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk manfaat rakyat-rakyat di kawasan masing-masing.

“Kami akan cuba mendalami pengetahuan mengenai SCORE kerana walaupun ia telah disebut berulang kali, saya percaya tidak ramai yang faham mengenai inti patinya dan faedahnya kepada kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah turut menekankan bahawa amalan tradisi politik iaitu turun padang bertemu rakyat juga akan dikekalkan dalam BNBBC kerana ia masih relevan dan berkesan meskipun media sosial seperti Facebook atau blog kini menjadi medium utama untuk mendekati rakyat.

“Kami tidak seperti pembangkang di mana PAS menjanjikan syurga, DAP menjanjikan keajaiban dan PKR menjanjikan kesempurnaan, tetapi kami menjanjikan penentuan, keberanian dan keikhlasan dalam menegakkan perang BN ke arah menjadikan Sarawak lebih baik,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta menteri-menteri dan menteri muda negeri.


Read more
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY