'/>

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang individu yang cukup penting di dalam pimpinan tertinggi apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin akan menjalani persaraan wajib setelah hampir 39 tahun berkhidmat di dalam PDRM.

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur di antara Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dengan Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun yang akan memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim.

Dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang apabila digandingkan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar.

“Tak mungkin saya akan terasing dari dunia kepolisan walaupun selepas bersara kerana saya akan terus menyokong dan mempertahankan perjuangan PDRM sebagai seorang awam, “once a policeman, always a policeman,” kata Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin di dalam ucapannya.

Persaraan Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri telah diraikan dalam satu istiadat Paluan Berundur di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur yang turut dihadiri Tan Sri Norian Mai, Mantan Ketua Polis Negara, barisan Pengarah PDRM, pelbagai lapisan warga PDRM dan rakan media.

Sumber FB Rasmi PDRM

Nampaknya meneliti laman sosial anak-anak muda zaman sekarang pun dah cukup memberitahu kita betapa parahnya masalah moral masa kini.

Nampak sangat akal tak cukup panjang, sesetengah mereka sudahlah melakukan perkara bangang kemudian selamba pula memberitahu dunia menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya tentang perbuatan mereka itu tanpa malu dan was-was.

Antaranya termasuk memuat naik gambar intim dengan kekasih di hotel, kongsi video merayu cinta sampai maruah di tahap sampah, tunjuk bukti baru lepas toreh tangan kerana frust, berkucup sesama jantina dan banyak lagi.

Remaja perempuan yang ini pula selamba menguar-uarkan bahawa dia mengambil dadah macamlah pil yang dimakan itu cuma gula-gula menerusi status di Facebook .

Mynewhub

Jailpaiguri: Polis di Benggala Barat semalam melancarkan siasatan berhubung dakwaan seorang gadis belasan tahun dirogol dan dibunuh selepas dimalukan jawatankuasa kampung.

Menurut laporan, gadis berusia 15 tahun itu mulanya membantah tindakan jawatankuasa berkenaan memukul bapanya kerana gagal membayar pinjaman yang diambilnya untuk membeli jentolak.

Tindakan gadis itu menyebabkan jawatankuasa berkenaan mengalihkan kemarahan mereka kepadanya, termasuk memaksa dia meludah dan menjilat semula. Sebaik kejadian itu, gadis terbabit hilang.

Mayatnya ditemui kelmarin berhampiran landasan kereta api di daerah Jalpaiguri. Seorang lelaki yang menemui mayat itu berkata, pakaian gadis itu terselak hingga ke bahu dan dipercayai diperkosa.

Anggota keluarganya membuat laporan polis dengan menamak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY