'/>

Bintangor :Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor PPgb   Nicholas Belulin,Komander operasi melapor pencarian SAR hari pertama dimulakan di sepanjang Sungai Kanowit, Nanga Ensurin Julau  menggunakan kaedah water surface searching menyusuri sungai di mana mangsa bot tersebut karam sehingga ke hilir sungai Nanga Entabai.

Setakat ini seorang mangsa Lenny ak Ingang (P) 46 Tahun telah ditemui ditebing sungai berdekatan Rh Panjang Gani, Wong Bar, Julau. Mangsa dijumpai oleh pasukan  mencari dan menyelamat pada jam 12:30:00 manakala dua lagi mangsa belum ditemui iaitu Ebiline Linty ak Kaya (P) 23 tahun dan Kelvin Sama ak Markus (L) 6 tahun.

ALHAMDULLILLAH.. buat JKKK/JKKKP di Sarawak..

KENYATAAN AKHBAR JABATAN KETUA MENTERI
(UNIT PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM NEGERI)

PEMBAYARAN ELAUN BAGI KETUA-KETUA KAUM NEGERI SARAWAK 
Susulan dari pekeliling daripada Kementarian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia yang menangguhkan sementara semua urusan berkaitan JKKK/JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan, sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menerus dan menanggung pembayaran elaun bagi Ketua-Ketua  Kaum Negeri Sarawak.

#iamSarawakian

Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin maklumat awal, pada 22.5.2018 sekitar jam 0800 hrs, mangsa  Anjan Ak Nyua/Lelaki berusia 66 tahun  yang berasal dari Rumah Ading Nanga Jemak, Sungai Entabai, Julau menggunakan perahu seorang diri bagi menghadiri majlis Pra Gawai di SK Nanga Entabai Julau.

Sehingga tengah malam tadi, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk balik ke rumah yang berada di hulu sungai dari sekolah tersebut. Ini berikutan maklumat daripada penduduk rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, Entabai, Julau mengatakan sekitar jam 0100 hrs dan 0200 hrs ada mendengar suara dari arah sungai meminta tolong. Setibanya mereka di tebing sungai, mendapati hanya perahu dan enjin sangkut sahaja yang kelihatan hanyut.

Anak mangsa mengesahkan perahu dan enjin sangkut adalah kepunyaan mangsa.

Pasukan bomba dibantu agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi SAR dengan kaedah surface searching di lokasi mangsa terjatuh dari perahu di kawasan air sungai yang berpusar. Pencarian sejauh 3 km ke hulu sungai (Nanga Jemak) dan 2 km ke hilir sungai (Nanga Entabai).

Lokasi disyaki jatuh kawasan lubuk sungai di Ng Sayong. Mangsa kali terakhir dilihat berbaju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang. Perahu mangsa pecah dibahagian tengah dan pecah pada cover enjin sangkut 30hp.

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

23/5 Penerima bantuan kebajikan tetap dibantu - Abang Johari

KUCHING: Kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu kira-kira 56,000 penerima bantuan kebajikan di  negeri ini jika bantuan itu ditamatkan oleh Kerajaan Pusat.


Penerima bantuan itu melibatkan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan miskin.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri meneruskan bantuan itu meskipun pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar.


“Tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pentadbiran, kita meneruskan bantuan ini kerana Sarawak memiliki sumber mencukupi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri (lama), Petra Jaya, hari ini.


Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri ini.

Sumber:Jiwa Bakti 

Bintangor:Penyampaian sumbangan kutipan masjid dan surau kpd 6 buah rumah ranap mangsa kebakaran kpg muhibbah btgor.Ketua pegawai jais skei Ustaz syed Herold yg hadir bersama Ustaz mohd innsanuuddin(Naqib)
Ustaz hj Rimi b hj Sahari(Hal Elwal Islam Skei)Di Surau Darul ehsan jln bidadari btgor

Bintangor : YB Abdullah Haji Saidol Menteri Muda Hal Ehwal Korporat yang juga Ahli DUN N42 Semop hari ini mengadakan lawatan kerja menjenguk warga kawasan Selidap dan telah menyampaikan geran MRP kepada 7 JKKK Rumah Panjang. Pada tengah harinya pula Abdullah Haji Saidol ke Sg Sian untuk menyampaikan geran MRP kepada 8 JKKK Rumah Panjang.

Bintangor :Penyerahan sumbangan kepada JKKK Kampung Bintangor,Surau Dan Masjid oleh YB Abdullah Hj Saidol ,Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri ,Merangkap ADUN N42 Semop.

19 MEI 2018

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan memberikan peruntukan tahunan kepada semua 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri ini yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lalu.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata setiap Ahli Parlimen tersebut akan menerima peruntukan sama seperti yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri ini.

Peruntukan tersebut meliputi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1 juta, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta dan RM250,000 bagi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing. #SarawakAritok

SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan
menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik
sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara
43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong
pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong
adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-
nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan
dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan
diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana
Negara.

Terima kasih.

Kchg
12.May

Rumours PBB joining PH an Absurd Notion.
---------------------

Chong's self flattering assumption that PBB intent to join PH is upright hogwash.

Can someone ask Chong why the jumpy reaction to an ill-founded rumours.

If Chong wish to unilaterally catch thieves and corrupt politicians, perhalps Chong shd also investigate those leaders in their own den too. Don't be hypocrite and double standard.

Referring to corruptions and misdeeds as mentioned by Chong, maybe he was talking about their own new Prime Minister whom DAP & PKR  had fought and demonised vigorously during the tenure of that leader as Prime Minister for 22 years.

In actual fact,  DAP and PKR are the one who whitewash those corrupt leaders currently collaborating with them in PH.

Chong talk about DAP's long history struggle along the lines of integrity and suggested that those who wish to hop over to PH must be vetted by MACC.

Another ironic fact is that all PH's candidates was never been reffered to and vetted by MACC before being nominated.

PBB is part of a legitimate Swk BN coalition which is currently an elected government of Swk.
Just in case they forgot, Swk is a party to an agreement that conceived this country called Malaysia.

Shd also be acknowledged is that Swk BN components' parties are all local base and was founded by our very own capable Swkian leaders frm various local ethnic.

PBB and our comrades in BN Swk had genuinely experienced long grown-up political history and going through the evolution of modern Swk unlike those political parties in Swk PH who are being remote control by their leaders frm West Malaysia.

PBB will maintain our political integrity and will not act like "frog". We are not desperate because we know where our political strength lies.

We Swkian are always proud of ourselves and will stay united in diversity.
We appreciate the democratic principle of mutually agreed to disagreed.

We respect the people's verdict with an open heart and pleadge to work even harder for the interest all Swkian.

YAB CM Abg Jo had said it clearly that the government of Swk is prepare, within the ambit of a Federal system to administratively cooperate with the elected PH Federal Government.

We will ensure such cooperation will not be detrimental or diminish Swk's interest and must be in accordance with the Federal Constitution.

Swk government will also closely monitor the progress of PH's effort to fulfill their Manisfesto or promises especially that relates to Swk interest.

Last but not least, Swk Govt. lead by YAB CM Abg.Jo will not abandon or stepback our solid desire to pursue the devolution of powers frm Federal Govt. and to regain back all legitimate rights of Swk either those enshrined under the MA63 or as stipulated under the Federal Constitution.

We will consider all available options to ensure our demand will earn the desired attention, respect and result.

All this political enthusiasm of Swk Govt are nothing else but for the interest and future of all Swkian.
May God blessed and save this country.

YB Abdullah Hj.Saidol
Asst.Minister in CMO.

Program Berambeh Segulai Sejalai di Dewan Seberguna Kpg.Muara Lebaan, Bintangor.

Anda ingin menukar kerajaan? Saya mahu bertanya anda beberapa soalan.

Adakah kerajaan hari ini menzalimi anda?

Anda mungkin menjawab ya, kerajaan menindas anda. Tetapi, anda tentu tidak dapat menjawabnya secara spesifik apa kezaliman itu. Anda mungkin menjawab isu-isu seperti GST, Felda, kenaikan harga barang, 1MDB dan pelbagai cerita yang dibawa
oleh pembangkang.

🙅🏻‍♂ Nanti dulu, isu-isu itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda, kecuali GST dan kenaikan harga barang. Dua isu ini saya akan terangkan kemudian.

💁🏽‍♂ Jadi, saya mahu bertanya anda lebih lanjut lagi, adakah kerajaan merampas harta benda anda?

🙅🏽‍♂ *Tidak, bukan?*

💁🏻 Adakah di negara ini sukar mendapat pekerjaan?

🤷🏻‍♀Tentu anda tidak dapat menafikan di negara ini banyak pekerjaan kerana ramai pendatang asing masuk bekerja di sini.

💁🏻‍♂ Adakah anda tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam?

🙅🏻‍♂ *Tidak, bukan?*

Di mana-mana masjid didirikan dengan megah dan anda dapat menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan selesa. Bahkan orang-orang bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka.

💁🏼 Adakah di negara ini tidak ada kebebasan bersuara?

🤷🏼‍♀ Jangan berbohong. Di negara ini, ironinya, anda bebas menyatakan apa saja, melainkan ia jelas menyalahi undang-undang. Anda bebas mengkritik, mengutuk dan mempersoalkan kerajaan. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kebebasan bersuara ini.

🤷🏼‍♀ Buktinya jelas, berapa ramai yang dikenakan hukuman kerana melampaui batas dengan
melakukan fitnah.

🤷🏼‍♀ Kebebasan bersuara sebenarnya lebih jelas apabila akta ISA juga telah dimansuhkan.
Adanya hukuman kepada yang memfitnah bukannya bermakna kerajaan menutup kebebasan bersuara. Di mana-mana negara pun, jika anda menfitnah anda akan dikenakan hukuman.

🙍🏽‍♀ Apakah ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan dan kebuluran?

🙅🏽 *Tidak ada, bukan?*

🙎🏼‍♂ Adakah di negara ini terdapat kes orang melakukan jenayah kerana terdesak mahu
memenuhi keperluan hidup?

🙅🏼‍♂ *Tidak ada, bukan?*

💁🏼‍♂ Melainkan ramai orang melakukan jenayah kerana mahu hidup mewah dengan cara yang mudah. Kalau pun ada, ia adalah kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hujah bahawa kehidupan di negara ini susah. Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada golongan yang susah.

🤷🏻‍♀ Adakah kemahiran dan kebolehan anda dinafikan?

🙅🏻 Tidak, bukan? Setiap orang bebas memilih apa yang dimahukannya.

💁🏽‍♂ Adakah anda dihalang membina kekayaan?

🙅🏽‍♂ *Sudah tentu tidak.*

💁🏽‍♂ Jadi, apa lagi yang tidak kena dengan negara ini?

🙎🏻‍♂ Apakah ada pemimpin negara ini membunuh secara kejam rakyatnya seperti di
negara lain?

🙅🏻‍♂ *Tidak ada, bukan?*

💁🏼‍♀ Adakah anak-anak isteri anda dilarikan pemimpin sebagaimana yang berlaku pada
zaman-zaman Melayu lama dahulu?

🙅🏼 *Tidak ada, bukan?*

🙍🏽‍♂ Adakah anda berasa tidak selamat berada di negara ini?

💁🏽‍♂ Anda masih boleh bersiar-siar ke mana-mana tanpa rasa terancam. Ia tidak seperti di
negara-negara lain yang bergolak.

🤷🏻‍♂ *Semua ini tidak ada, bukan?* Jadi, apa lagi dakwaan-dakwaan lain?

🙎🏼 Berkenaan GST, sekiranya anda fikir GST 6% itu menzalimi anda, bagaimana pula
dengan negara lain yang mengenakan cukai lebih tinggi? Tolong jawab kepada saya.

💁🏼 Kenaikan harga barang-barang? Jika ini anda anggap sebagai kezaliman, anda
sebenarnya tidak memahami perkara ini. Di mana-mana negara tidak ada penurunan harga barang-barang. Setiap masa harga barang-barang naik seiring dengan perkembangan ekonomi.

💁🏽‍♂ Apakah lagi kezaliman kerajaan yang anda dakwa? Malah pelbagai perkara telah kerajaan lakukan untuk membantu rakyat. Bantuan
Rakyat 1 Malaysia, contohnya.

💆🏽‍♂ Anda mungkin akan membebel kepada saya isu-isu besar yang dibawa oleh pembangkang. Saya boleh katakan ia tidak ada kaitan langsung dengan anda. Tetapi, anda mungkin akan menjawab ia akan menjejaskan negara. Negara akan bankrap kerana urustadbir yang salah.

🤷🏽‍♂ Jadi, saya mahu bertanya, di negara manakah yang kerajaannya terlepas daripada
tuduhan-tuduhan yang sebegini? Saya tidak menafikan ia langsung tidak berlaku di negara ini, tetapi perkara ini adalah sebati dengan mana-mana kerajaan pada zaman moden ini.

🙆🏽‍♂ Mesti ada ketirisan, penyelewengan dan salahlaku. Bahkan ia juga berlaku di Pulau Pinang dan Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.

💁🏽‍♂ Jika anda fikir menukar kerajaan akan mengelakkan perkara ini, ia sebenarnya suatu
khayalan dan utopia anda semata-mata. Tidak ada kerajaan yang 100% bersih di dunia hari ini. Hiduplah dalam realiti.

🤷🏻‍♀ Maka, sekarang saya mahu anda bertanya pada anda sendiri, apakah sebenarnya kezaliman kerajaan ke atas anda?

🙍🏻 Sebenarnya perkara ini mengingatkan saya pada tulisan motivator terkenal, Dr Ibrahim Elfiky dalam bukunya yang bertajuk Quwwat al-Tafkir, 2008. Di dalam buku itu beliau
menceritakan berkenaan seorang wanita muda yang mahu bercerai dengan suaminya.

💆🏻 Dalam sesi kaunselingnya, beliau telah bertanya kepada wanita muda itu pelbagai
soalan. Adakah si suami memukulnya? Adakah si suami tidak memberikannya nafkah?
Adakah si suami mengasari anak-anak mereka? Apakah si suami menyimpan perempuan lain? Apakah si suami pemabuk?

💁🏻 Wanita muda itu menjawab, semua perkara itu tidak berlaku. Si suami adalah seorang lelaki yang baik, tidak pernah berkasar, setia, memberikan belanja yang cukup dan selalu lemah lembut.

🤦🏻‍♀ Jadi, kenapakah dia mahu bercerai?

🙍🏻 Si wanita muda itu menyatakan kerana si suami tidak lagi meluangkan masa dengannya seperti dulu. Tetapi, selepas dia menjawab soalan-soalan tadi, dia baru tersedar yang suaminya sememangnya seorang lelaki yang baik. Soalan-soalan yang jelas itu memecahkan segala kekeliruan dan persepsi dalam mindanya.

💁🏻 Realitinya, hanya kerana sebab yang remeh-temeh seperti itu, si wanita mahu bercerai. Dr Ibrahim menyatakan lelaki yang baik seperti si suami itu sebenarnya adalah idaman ramai wanita lain di luar sana.

🙅🏻 Mesejnya, manusia lebih cenderung memikirkan perkara-perkara yang negatif, dan
mereka tidak melihat sudut-sudut positif.

🙍🏻 Begitu jugalah rakyat Malaysia hari ini. Mereka melihat sisi-sisi negatif kerajaan, dan
apabila ditanya seperti soalan-soalan di atas tadi, mereka tidak dapat menunjukkan kezaliman kerajaan. Mereka hidup dalam ilusi dan persepsi semata-mata. Mereka akan tersedar apabila kita bertanya secara jelas.

🤦🏻‍♂ Kepada rakyat yang sebegini, jika semuanya diberikan percuma sekali pun, mereka tetap tidak akan bersyukur. Maka bagaimana mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat.

🙍🏻‍♂ Seperti si suami tadi, negara ini juga sebenarnya impian ramai rakyat negara jiran.

🙎🏻‍♂ Malangnya, rakyat Malaysia sendiri tidak mensyukuri kemakmuran negara yang sedang mereka nikmati di bawah pentadbiran kerajaan sekarang ini sehingga mahu menukar kerajaan baru.

🙇🏻 *Berfikirlah, jangan hidup dalam khayalan dan persepsi-persepsi.*

Beza pemimpin BN dengan Pakatan. Yang pembangkang kerja siang malam tabur fitnah, hasut rakyat lepas itu kitar semula dakwaan beritapalsu. Itu sahaja.

Berbanding dengan BN. Setiap kali jelajah kempen nak terangkan apa agenda pembangunn untuk 5 tahun akan datang. Rakyat sendiri boleh nilai mana satu pemimpin sebenar, mana satu pemimpin yang palsu!

Rakyat sendiri kena ‘Selamatkan Malaysia’ dari jatuh ke tangan pemimpin yang mempunyai dendam, kebencian dan terus hasut. Rakyat sudah matang, pastinya memilih pemimpin yang benarbenar boleh menyelamatkan negara ini.

#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#HidupRakyat

Kalau nak cakap pasal agenda Bumiputera, pembangkang langsung tak ambil kisah. Contohnya, pembangkang tak pernah menjaga kepentingan UITM dalam usaha membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini, berbeza dengan apa  yang dilakukan oleh kerajaan sejak UiTM diwujudkan pada 1967.

Usaha kerajaan jugalah yang telah meletakkan kedudukan UiTM kini terkenal sebagai insitusi pendidikan yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan pada hari ini. Laporan Quacqarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 turut menyenaraikan UiTM sebagai 1.3 peratus universiti teratas di Asia dan kini mempunyai seramai 170,000 pelajar di seluruh negara dengan bilangan alumni seramai 700,000 orang.

Kalau negara jatuh ke tangan puak pembangkang, habislah agenda Bumiputera. Jika kepentingan bumiputera pun tak boleh nak jaga, apatah lagi kepentingan-kepentingan rakyat yang lain.

#PakatanProDAP
#TsunamiPHFitnah

Dia hanya hadir dan tunjuk muka bila pilihan raya. Makna 5 tahun sekali datang untuk ambil tahu hal Sarawak. Orang Sarawak tidak perlukan orang luar campuri urusan politik Sarawak. Rakyat mahu mereka yang berada disisi rakyat bukannya masa pilihan raya baru tunjuk muka.

Bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berkhidmat dengan SPR selama 29 tahun, mengesahkan bahawa undi itu rahsia.

Jangan takut. Share dan sebarkan kepada semua!

https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/10156240132214192/

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY