'/>

Mukah:Pesta Kaul Mukah dirasmikan oleh TYT Sarawak..

Sibu:Skuad Sayang N46 Meradong bersama YB Datuk Norah Ahli Parlimen P206 Tanjung Melawat  pesakit dari Bintangor di Hospital Sibu.

1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.

3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.

4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.

5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.

6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.

Bintangor:

Sidang Media ...

6D Riders Gathering

Tarikh:13 Mei 2017
Jam:9 pagi hingga 12 malam
Venua:dewan suarah Sarikei

Antara yang bakal dianjurkan:

Pertandingan Strongman/strongwoman

Body fitness

Pertandingan  Autoshow

Miss bikers
Seramai 15 peserta

Utk sebarang pertanyaan sila
Hubungi :+60 11-2501 9640 (Ahim)

Bintangor:Hadir bersama Skuad Sayang N46 Meradong..

Pasang besar di Bintangor Bandar Limau

Foto: Rudy joseph

Orang kurang upaya (OKU) yang bekerja menerima elaun lebih tinggi berbanding OKU tidak bekerja sebagai galakan untuk mendorong golongan itu bekerja, Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim. 

Masih ada yang cuba membuat provokasi terhadap isu bekas pelari negara..FB Zaleha Shahrim bukan sahaja menghina watson malah berani menyentuh isu agama dan perkauman...Harap pihak PDRM Dan SKMM menyiasat pemilik FB ini.

1. Jakim melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas kejadian yang menimpa adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, berumur 11 tahun, penuntut di  Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

2. Jakim juga ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada keluarga arwah, semoga  diberikan ketabahan hati dan kekuatan oleh  Allah SWT terhadap kejadian ini.

3.  Jakim juga menyeru dan menasihati mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan  kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Semoga apa juga tindakan kita tidak menjadi fitnah dan menimbulkan tanggapan negatif terhadap agama Islam yang mulia ini.

Al-Fatihah.

Tan Sri Dato' Hj Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim

Video berkenaan dakwaan pekerja KFC memijak ayam dengan kaki mula ditularkan oleh netizen di media sosial.

1. https://thecoverage.my/bahasa/berita/dunia/video-viral-pekerja-kfc-memijak-ayam-dengan-kaki-tetapi/

2. https://m.youtube.com/watch?v=6sa0UGxIZ8U

Untuk makluman, video yang mula ditularkan dari laman youtube sejak Mei 2016 tersebut adalah tidak benar serta tiada kaitan dengan KFC dan bukan di Malaysia.

Perlu diketahui KFC Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan rantaian pemprosesan yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk makanan dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tular dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.

Untuk mengetahui status halal premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bintangor:Ceramah Isra' & Mikraj sempena Program Sepakat K1M anjuran  Komuniti Melayu Bintangor dgn kerjasama JK Pengurusan Surau Darul Ikhsan Bintangor..ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Harold Salleh, Pegawai Agama Islam Bahagian Sarikei....

Foto : asmanizam ahmad

Bintangor:Sesi dialog transformasi nasional  2050(TN50) Peringkat Bahagian Sarikei 2017

TN50 :Masa Depan Negaraku


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangunan modal insan adalah teras yang disifatkan sebagai "tiang seri" kepada kejayaan negara dan Transformasi Nasional 2015 (TN50).

Beliau berkata modal insan cemerlang, yang dapat dizahirkan menerusi kejayaan dalam bidang pendidikan, juga merupakan penyelesaian kepada usaha kerajaan untuk memastikan setiap keluarga dapat menikmati masa depan yang lebih baik.

Di antara foto2 Sultan Muhammad V yg ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, 2 foto ini menarik & bawa maksud yg mendalam.

Agung mencium nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara & juga keris lambang senjata orang Melayu.

Maka, jangan ada yg sengaja perlekehkan agama Islam.

DAULAT TUANKU !

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan dan Keselamatan Sungai Sarawak, Liwan Lagang membuat tindakan luar biasa pada Sabtu apabila menjadi “warden trafik” yang mengawal lalu lintas.

Semuanya gara-gara lampu isyarat di Batu 7 dekat sini terpadam dan keadaan kenderaan bercelaru.

Menyedari keadaan itu, dan memahami sesuatu perlu dilakukan, Liwan turun daripada kenderaannya lalu bertindak membantu mengawal lalu lintas, agar bergerak lancar.

Rakaman foto ini diambil oleh seorang pengguna facebook Haider Kowel Bete, yang secara kebetulan mengenali menteri ini dan ia kemudian dikongsikan melalui akaun facebook infosarawak. – Sarawakvoice

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SAUDARA WATSON NYAMBEK

Saya mewakili Primeworks Studios Sdn Bhd (“Primeworks Studios”), selaku Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbit rancangan Sukan tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9, dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.
PWS telah memberi peringatan kepada semua kakitangan kami untuk sentiasa peka dan sensitf dalam setiap rancangan yang diterbitkan. Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlit yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.
Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Datuk Ahmad Izham Omar
Ketua Pegawai Eksekutif
Primeworks Studios Sdn Bhd

Perasmian Majlis Rumah Terbuka Ugadi (Tahun Baru Telugu) 2017 di Dataran Merdeka

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY