'/>

SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan
menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik
sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara
43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong
pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong
adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-
nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan
dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan
diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana
Negara.

Terima kasih.

Hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.

Meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di seluruh Sabah dan Sarawak – RM2 bilion.

Meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga.

Menaiktaraf rumah panjang di Sarawak dan rumah air di Sabah.

Memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.

Meneruskan subsidi bekalan air di pedalaman Sabah.

Menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak.

Mencerap lebih banyak fakta dan perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak.

Menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan darat di Sabah dan Sarawak – (AKSEM) dan AKSEMNET.

Menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.

Membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas.

Membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah.

Membina Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.3 bilion.

Menaiktaraf laluan kereta api Sabah dari Halogilat ke Tenom.

Mewujudkan 3 skim pembentungan di Sabah.

Membina 5 Loji Enap Cemar di Sarawak.

Memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas serta bantuan dana bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran Bahasa Dayak.

Dalam masa yang sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program-program di bawah Unit For Other Religions (UNIFOR

Parlimen bubar  berkuatkuasa 7 april..sabtu 2018.

Bismillahirahmanirrahim.

Saya telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan atas perkenan Baginda, Parlimen ke-13 akan dibubarkan berkuatkuasa esok. 

Oleh itu, saya menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua-ketua Negeri masing-masing untuk perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri juga supaya Pilihan Raya Umum dapat dijalankan serentak di seluruh negara.

Sesungguhnya banyak yang telah kita capai sepanjang lima tahun sejak kali terakhir rakyat Malaysia memberikan kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional, dan Alhamdulillah, kita kini di ambang menjadi negara maju yang kita impikan. 

Tetapi perjalanan kita belum berakhir, banyak yang perlu dilaksanakan lagi agar tercapai impian kita. Saya sekali lagi meminta rakyat Malaysia untuk terus memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional.

Insya-Allah, dengan izin Allah jua, bersama, kita  #HebatkanNegaraku .

1. Kerajaan Selangor gagal mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan semakan kehakimannya.

2. Panel 3 hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan notis dan syor mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

3. Hakim Ong yang membacakan penghakiman berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR iaitu sidang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan mengikut Seksyen 5 Jadual Ke-13.

_“Oleh itu, kami berpandangan, sebarang tindakan SPR berhubung aduan dikemukakan tidak boleh dicabar bagi semakan kehakiman._

_“Kami juga memutuskan, walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah untuk semakan kehakiman mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958,"_ kata beliau.

4. Hakim Ong berkata panel itu juga bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi, penting untuk membezakan antara tugas khusus SPR di bawah Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan, iaitu pelepasan tugas-tugas berikut turut melibatkan penggubalan cadangan dan pelaksanaan mengikut budi bicaranya berdasarkan prinsip bawah Seksyen 2 Jadual Ke-13 iaitu tindakan SPR tidak boleh dicabar di mahkamah.

5. Berhubung isu daftar pemilih, beliau berkata panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu berdasarkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya ketepatan daftar pemilih juga tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun daftar berkenaan mungkin tidak sepenuhnya merekodkan alamat semua pengundi.

6. Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi, maklumat yang disediakan SPR dalam cadangan persempadanan semula mengikut Seksyen 4 Pemberitahuan itu tidak memerlukan campur tangan mahkamah lebih tinggi.
 
7. Kerajaan Selangor merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 7 Disember tahun lepas yang menolak semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu

*Sumber:* http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31469-persempadanan-semula-mahkamah-tolak-rayuan-kerajaan-selangor.html

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan bagi memberi faedah persaraan dan faedah lain kepada anggotanya. Ia juga merupakan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

Bagi tahun kewangan 2017, LTAT telah mengumumkan bayaran dividen dan bonus sebanyak 12.5% kepada kira-kira 100,000 ahli, meningkat berbanding purata 11.3% sejak LTAT ditubuhkan pada 1972.

Ia didorong oleh peningkatan pendapatan bersih LTAT sebanyak RM667.1 juta bagi tahun kewangan 2017 berakhir 31 Disember lalu, iaitu meningkat 12.1% atau RM72.1 juta berbanding RM595 juta pada 2016.

Selain itu, bayaran yang diberi kepada ahli LTAT ini juga meliputi 6% dividen dan 6.5% bonus khas berbentuk unit amanah saham diberi percuma kepada pencarum yang aktif. Ia mula dikreditkan ke dalam akaun ahli bermula 23 Mac 2018.

#BarisanProRakyat

SEBANYAK RM11 juta telah diperuntukkan bagi memperbaiki sekolah dan klinik yang telah terjejas oleh banjir. - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg

#TeamAbgJo #PbbSelamanya #MediaPBB

Foto bencana banjir di sekitar Sarawak

Kerajaan tidak sekadar melihat kepada pulangan, sebaliknya mementingkan pembangunan keseluruhan dalam merealisasikan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok, menurut YAB PM @NajibRazak di Majlis Pelancaran Labuan Development Blueprint 2030, tengah hari tadi.
Sumber:https://t.co/YItsqNn9e4

DALAM tempoh setahun kepimpinannya Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg telah melakukan banyak perkara demi negeri dan rakyat Sarawak.

Pengerusi Pemuda BN Sarawak Merangkap Ketua Pemuda PBB Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau selaku  ‘Kapten baru Team Tok Nan’ telah meneruskan semua dasar dan janji yang dibuat oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRK-11).

"Ini termasuk rundingan berhubung penurunan kuasa dengan kerajaan Persekutuan demi menuntuk kembali hak Sarawak," kata Fadillah dalam kenyataan medianya pada hari ini sempena setahun Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2018 (esok).

"Mewakili Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) saya mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg sempena genap setahun beliau menerajui kepimpinan negeri Sarawak."

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata, malah kerajaan negeri pimpinan Abang Zohari telah menghantar satu rombongan ke London untuk meneliti fail dan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak negeri Sarawak ketika ditadbir oleh kerajaan British.

Ketua Menteri Sarawak keenam itu juga telah memperkenalkan dasar baru demi memacu kemajuan negeri Sarawak dengan memperkenalkan ekonomi digital, yang telah disambut baik khususnya oleh golongan muda.

Pendekatan beliau diyakini mampu membawa Sarawak pergi lebih jauh ke arah menjadi negeri maju dan berjaya di Malaysia

Pemuda dengan ini mengulangi ikrar akan terus memberi sokongan padu dan akan membantu YAB Ketua Menteri untuk menjadikan Sarawak tempat yang lebih baik untuk semua, tambahnya lagi.

#TeamAbgJo

Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan.

Demi menghargai sumbangan 1.6 juta penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara, Kerajaan telah mengumumkan inisiatif-inisiatif tersebut.

Malaysia akan mencari ekstradisi seorang rakyat Malaysia yang ditangkap dengan senjata api di bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Pakistan di Karachi, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata polis telah meminta kerjasama Interpol untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suspek yang dikatakan berasal dari Sarawak.

Malaysia boleh menjalankan siasatan dan mendakwa suspek, katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Tebedu di sini hari ini.

Telah dilaporkan bahawa rakyat Malaysia ditangkap pada Jumaat lalu ketika menaiki penerbangan Malaysia dan pihak berkuasa Pakistan merampas empat pistol, lapan majalah amunisi dan 70 peluru tersembunyi di dalam beg dan kasutnya.
FMT

Sekitar Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis. Serba putih.

#SaveBaitulmuqaddis
#SavePalestine
Foto:FB Barisan Nasional

Insya-Allah, esok saya akan sertai Perhimpunan Solidariti; Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya sesudah solat Jumaat.

Ayuh sama-sama kita hadir tunjukkan sokongan dan kesepaduan kita umat Islam menentang usaha jadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel!

Perjuangan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak. Ianya juga berlandaskan kepada penyelidikan, lunas perlembagaan, perundangan Malaysia dan di atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia (MA63)

YAB Perdana Menteri juga bersetuju untuk melihat perkara ini dan bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ini adalah perkembangan yang positif dan kita menyambut baik saranan oleh YAB Perdana Menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan.

Sebagai rakyat Malaysia pribumi Sabah, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia ada hak untuk mengemukakan pandangan peribadi beliau, akan tetapi beliau tidak ada keperluan utk menilai dan mengajar rakyat Sarawak, apa lagi mencabar YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bedebat mengenai MA63. Tambahan lagi beliau bukanlah individu yang ditauliahkan atau dberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB Ketua Menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63.

Kami percaya atas semangat Barisan Nasional perkara ini akan dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri.

- Kenyataan Media Dato’ Sri Fadillah Yusof, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - 1 Dec 2017

#TeamAbgJo #iamSarawakian

Setuju dengan kenyataan CM Abg Jo...
Abang Jo Tidak Bersependapat Dengan Pendikar Amin Yang Menyatakan MA63 Tidak Penting

http://www.utusanborneo.com.my/2017/11/29/abang-johari-tidak-sependapat-dengan-pandikar-amin-berhubung-ma63?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

#TeamAbgJo #SarawakIbuPertiwiku

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang mula dinaiki air di Kelantan, sejak beberapa hari lepas.

Beliau kini sedang memantau keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

https://www.facebook.com/barisanasional/posts/1500507460063434

SIBU: Sarawak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Ini, katanya, ia terbukti apabila perdana menteri menangani permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Najib telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu.

"Jadi kita rakyat Sarawak sangat bernasib baik, jangan ditukar Datuk Seri Najib (daripada jawatan Perdana Menteri). Oleh itu kita mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan Datuk Seri Najib terus jadi Perdana Menteri,"katanya.

Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berucap merasmikan mesyuarat perwakilan lima cawangan PBB di kawasan Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Najib.

Katanya semua tuntutan melibatkan hak Sarawak yang telah terhakis tersebut dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan emosi.

Sementara itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin muda dalam PBB yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, supaya tidak gopoh dan berebut-rebut untuk menjawat jawatan-jawatan dalam parti.

Katanya PBB sememangnya memberi peluang kepada pemimpin muda dan melatih mereka untuk mengambil mereka menerajui pucuk pimpinan parti apabila tiba masanya.

"Kita dalam PBB mempunyai budaya, pemimpin bertukar ganti, kita latih orang muda. Jadi orang muda jangan gopoh dan berebut-rebut kerana ini akan menimbulkan kelam-kabut dalam parti,"jelasnya. - BERNAMA

#TeamAbgJo #KamiGengNajibRazak

Kuching:Pengukuran tanah hak adat Bumiputera(NCR) telah dilaksanakan sejak 1960an melalui program seperti Operasi penyelesaian dan program pengukuran kampung tradisional.Program ini dibuat melalui peringkat pertama pengukuran perimeter dan peringkat kedua pengukuran lot individu.
Setakat oktober 2017 seluas 804,826 hektar(1,988,728 ekar) telah berjaya diukur perimeternya.Daripada jumlah tersebut 643017(1,588,895 ekar) di seluruh Sarawak telah pun diwartakan.
Dalam program kedua di bawah seksyen 6 tersebut akan diukur secara lot individu.Setakat ini sebanyak 15351 lot individu telah diukur yang melibatkan kawasan seluas 17776 hektar (43925 ekar).Sebanyak 6024 lot seluas 5261 hektar (13,000ekar) telah dikeluarkan dengan surat hak milik tanah dibawah seksyen 18 Kanun Tanah Negeri menurut YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan TImbalan Ketua Menteri Sarawak.

Kuching: Pendapatan RM100 juta daripada premium pembalakan Bukit yang berjumlah  RM300 juta. Ini adalah berdasarkan kadar premium baru RM 50 meter persegi  berbanding dengan kadar lama 0.80 sen dan RM 3.00 setiap meter padu hanya berkuat kuasa pada 1 st Jun 2017 yang lalu menurut YB Dato Sri Wong Soon Koh ,Menteri Kewangan II.
Pendapatan yang dikaji semula daripada royalti hutan untuk 2017 dianggarkan RM343 juta berbanding sasaran RM520.15 juta disebabkan oleh penurunan dalam royalti yang konsisten dengan jangkaan pengeluaran kayu yang kurang.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY