'/>

KOTA BELUD 14 Nov. - Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.

Tindakan itu yang disertai langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut, Soloh Yuna.

"Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.

"Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang Kota Belud kehilangan arah tujuan.

"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu' ini," katanya. - BERNAMA

Korang ingat tak lagi pasal laporan dari satu blog pro Umno pasal mahasiswa kena liwat dengan Anuwar? Gua dah ada gambar ekslusif mahasiswa tersebut beb..

Rupanya blog pro Umno tersebut tak bohong.., memang betul rupanya ada mahasiswa kena liwat dengan Anuwar.. 'Mangsa' siap buat pengakuan dalam Fesbuk lagi tauu...

Beliau siap buat kronologi kejadian dan juga bersedia untuk bersumpah bila-bila masa di masjid-masjid yang berhampiran..

Tapi..., yang gua pelik ialah.., 'mahasiswa' ni bukanlah tergolong dalam kategori lelaki taste Anuwar..




Baca sepenuhnya: mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/08/ekslusif-inikah-gambar-mahasiswa-yang.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

KL dikatakan berada dikedudukan 34 dari 36 bandaraya didunia didalam tahap kebiadaban..menurut penilaian Reader Digest..

Wow...tapi tu lah kita, suka tak suka ..tu lah kita.

Kita menuntut dan inginkan kehidupan canggih dan terhormat spt bandar2 utama dunia..kita kata sistem dorang bagus lah ..itu lah dan inilah.

Sistem ialah sistem..bior pun canggih dan baik mana pun tapi perangai satu macam je, apa sistem pun tak kan menjadi. Utk jayakan apa2 sistem kena ada sifat akur dan hormat..barulah sistem tu berjaya.

Jika sistem di KL mudah dan simple je..tapi sifat penduduknya yg berakhlak tinggi, sistem tersebut tetap berjaya.

Tapi Reader Digest mungkin silap kut..bukan kurang ajar dan biadab tapi "KEBEBASAN" "HAK ASASI" "BANGUN MENENTANG KEZALIMAN"..ni lah yg diterapkan oleh PAKATAN.

Gesa pelajar jgn bayor hutang..gesa orang buat demo yg mana perkara yg didemo trsebut patutnya dibahaskan di Parlimen.
Pelajar2 merusuh..mencemar gambar pempin..ramai2 walaupun bukan muhrim leh berkhemah di Dataran yakni melakukan maksiat terang2an..PAS yg kononnya menguasai PAKATAN sedikit pun tak menegur perbuatan2 biadab tersebut malah mempertahankannya. Perjuangan ikut AQ dan sunnah katanya..

Pejuangkan hak asasi sampai lupa hak2 orang lain, tidak menghormati bahwa orang lain pun ada hak. Sifat menghormati pempin2, Sultan2 telah dirosakkan kononnya bebas bersuara..

Cuba fikir..apa yg dibuat oleh Adam Adli ..ianya biadap atau brsopan santun.
Melanggar perintah Mahkamah dan nasihat Agung berkenaan perhimpunan adalah biadab atau bersopan santun..
Mendahului penghakiman ..biadap atau bersopan santun.
Menghina polis dan pihak berkuasa tanpa sebab yg berasas..brsopan atau pun biadab.
Menghina negara sendiri tempatnya menghimpun kekayaan ..bersopan atau pun biadab
Namawee..contoh yg trbaik..adakah ianya brsopan santun atau biadab?

Tapi kebiadaban ni lah yg dijulang..kebiadaban ni dianggap satu reformasi rakyat..satu kebangkitan rakyat..ianya dibangga2kan..
Sampai mereka yg tak tahu menahu pucuk pangkal keadaan..turut mencaci Sultan2, mencaci polis dan menghina askar2 yg telah berjuang melawan komunis..mencaci polis yg bertugas menjaga kepentingan awam..
Mereka yg biadap ni dianggap pejuang agama, pejuang keamanan, pejuang kebebasan..pehh.

Ini lah perbuatan dajal..yg batil dinampakkan sebagai hak, yg hak pula ditampakkan sebagai batil.

Mudah2an dibulan Ramadhan, kita mendapat taufikNya agar dapat melihat dan mengenal apa yg hak dan apa yg batil..dan didorangkanNya kepada yg hak dan menjauhkan diri kita dari batil. tanpa petunjukNya, jika tenggelam dalam kebatilan maka lemaslah kita buat selama2nya.. sama2 lah kita mohon petunjukNya dan perlindunganNya

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/2012/08/bodoh-punya-orang-putih-biadap-dengan.html?m=1

posted from Bloggeroid

"Aduh!!! Aku Pun Pening La Dengan Diorang Ni!!!
Lain Yang Aku Suruh, Lain Pulak Yang Dibuatnya!!!"
Pulak dah!!! Hari tu, Si Mat Muka Bulan kata Datuk Murad tu kena ugut supaya buat laporan Polis berkaitan dengan akaun Si Ketua Penipu tu.

Kata Si Mat Muka Bulan tu, Datuk Murad datang jumpa dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu di Munich untuk mendedahkan bahawa dia kena ugut oleh pihak tertentu.

Maka sebab itulah Datuk Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara tu terpaksa dedahkan 20 akaun yang dikawal oleh Si Ketua Penipu tu yang berjumlah RM 3billion.

Dah sekarang ni, diorang tukar cerita pulak. Kata Si Rafizi Jambu tu, duit sebanyak RM 3billion tu duit Datuk Murad, bukan duit Si Ketua Penipu tu.
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa akaun RM3 bilion yang dituduh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan akaun bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu sendiri.

Rafizi tampil membuat pendedahan tersebut setelah membuat penyelidikan peribadi terhadap Datuk Abdul Murad Khalid.

"Dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan akaun utama yang memegang tanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata beliau di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. - AntaraPos
Ini yang mana satu betul ni? Datuk Murad tu kena ugut ke untuk dedahkan duit dia sendiri ke? Takkan la Datuk Murad tu bodoh sangat kot!!!

Kalau ye dia ada duit sebanyak RM 3billion tu, menda kejadahnya pulak dia nak dedahkan perkara tersebut dan mengaitkan Si Ketua Penipu tu sekali!!!

Datuk Murad tu rasanya tak de la sebodoh itu. Dia bukan tak tau yang Si Ketua Penipu tu suka ambik kesempatan dan saman orang tak tentu arah!!!

Kalau betul la Si Rafizi Jambu tu ada bukti mengatakan duit sebanyak RM 3billio tu adalah kepunyaan Datuk Murad, kenapa diorang tak buat laporan? Buat la!!! Tunggu apa lagi!!!

Ayat Tun Mahathir jugak yang mudahnya. Kalau diorang rasa Si Ketua Penipu tu tak bersalah, buat la laporan Polis. Suruh SPRM siasat. Apa susah? 

Ini tidak. Nak jugak diorang putar belit cerita dengan kenyataan yang bukan - bukan. Sekarang dah terbelit sendiri, siapa nak jawab? nampak sangat la diorang ni memang Kaki Penipu!!! Semua benda nak di Poo...singh!!! Dah terpusing sendiri, baru padan muka!!!



sumber: http://semuthitam80.blogspot.com/2012/06/isu-rm3bil-dah-dia-tuduh-datuk-murad.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY