'/>

Kuching: Menurut YB Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Binti Anum Adun N.3 Tanjong Datu berkata masalah Kesesakan kampung amat membimbangkan di kebanyakan tempat di Seluruh Negeri  Sarawak.Sebagai contoh sebuah rumah didiami oleh lebih 2 buah keluarga dengan penghuninya lebih daripada 10 hingga 15 orang dalam sebuah rumah.

Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila keluarga mendirikan rumah berdekatan antara satu sama lain yang mengundang pelbagai masalah seperti isu sosial meningkat,tumpuan untuk kecemerlangan di kalangan pelajar terganggu ,Kebakaran cepat merebak serta isu masalah kesihatan.

Beliau  mencadangan mengatasi masalah ini menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi,kajian menyeluruh di setiap kampung di seluruh Sarawak bagi mengetahui berapa banyaknya lot-lot tanah perlu disediakan.

Selain itu syarat Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di kaji semula .SOP permohonan lot-lot dipercepatkan serta mempunyai  infrastruktur yang cukup.

Kuching:Program Pembesaran Asas Kampung perlu dilengkapi dengan kemudahan asas menurut YB Fazruddin Adun Tupong semasa ucapan mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.Beliau berharap dapat mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Tanah Dan Survey bagi membantu berkenan perkara ini.

Tambahan beliau lagi agar kerajaan dapat memperuntukkan dana khas bagi program seperti ini.Ini kerana keperluan masyarakat amat berbeza di bandar maupun di luar bandar.Jadi usah mempertikaikan dana atau usaha kerajaan bagi membantu menaiktaraf hidup di dalam bandar terutamanya kampung melayu.

Pandangan peribadi saya.

Akta Pembangunan Petroleum 1974...mesti dikaji semula dan dipinda.

1. PDA 1974 adalah Akta Parlimen, yang diluluskan oleh majoriti mudah , yang memberikan hak eksklusif kpd Petronas untuk meneroka, mengeksploitasi dan mendapatkan petroleun di darat dan di luar pantai negeri kita.

2. Dengan PDA 1974, telah dipersetujui bahawa Petronas akan membuat bayaran kepada negeri Sarawak secara tunai 5% daripada  nilai  petroleum yang diekstrak.

3. Oleh kerana petroleum diekstrak terutamanya dari pantai kita, kita merasakan bahawa pembayaran tunai 5% ke negeri kita berada pada tahap yang agak rendah..kita sepatutnya mendapat lebih lagi.

4. Sekarang dengan pemerintahan baru dan dgn harapan baru dan era baru .. kita berharap PDA akan dikaji semula secara komprehensif. Ini adalah kerana Petronas kini merupakan pemain global dengan pelaburan di seluruh dunia..maka sesuatu yg adil bagi Peteonas untuk memberi lebih kpd negeri seperti Sarawak.
Di samping itu, saya yakin semua pelaburan modal utama Petronas di telaga minyak & gas Sarawak telah mendapat pulangan sepenuhnya sejak 40 tahun lepas dan dengan itu lebih banyak keuntungan bersih boleh dikongsi dengan Sarawak! Perkongsian bermakna. Untuk kepentingan adil, PDA 1974 mesti dikaji semula.


Bintangor:Sebanyak 200 lebih bubur dilambuk diagihkan oleh Kelab Anak Seni Meradong.Menurut Pengerusi Kelab Puan Hanisah program ini merupakan pgrm tahunan Kelab setiap kali menjelang Ramadan.

Bintangor :Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor PPgb   Nicholas Belulin,Komander operasi melapor pencarian SAR hari pertama dimulakan di sepanjang Sungai Kanowit, Nanga Ensurin Julau  menggunakan kaedah water surface searching menyusuri sungai di mana mangsa bot tersebut karam sehingga ke hilir sungai Nanga Entabai.

Setakat ini seorang mangsa Lenny ak Ingang (P) 46 Tahun telah ditemui ditebing sungai berdekatan Rh Panjang Gani, Wong Bar, Julau. Mangsa dijumpai oleh pasukan  mencari dan menyelamat pada jam 12:30:00 manakala dua lagi mangsa belum ditemui iaitu Ebiline Linty ak Kaya (P) 23 tahun dan Kelvin Sama ak Markus (L) 6 tahun.

ALHAMDULLILLAH.. buat JKKK/JKKKP di Sarawak..

KENYATAAN AKHBAR JABATAN KETUA MENTERI
(UNIT PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM NEGERI)

PEMBAYARAN ELAUN BAGI KETUA-KETUA KAUM NEGERI SARAWAK 
Susulan dari pekeliling daripada Kementarian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia yang menangguhkan sementara semua urusan berkaitan JKKK/JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan, sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menerus dan menanggung pembayaran elaun bagi Ketua-Ketua  Kaum Negeri Sarawak.

#iamSarawakian

Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin maklumat awal, pada 22.5.2018 sekitar jam 0800 hrs, mangsa  Anjan Ak Nyua/Lelaki berusia 66 tahun  yang berasal dari Rumah Ading Nanga Jemak, Sungai Entabai, Julau menggunakan perahu seorang diri bagi menghadiri majlis Pra Gawai di SK Nanga Entabai Julau.

Sehingga tengah malam tadi, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk balik ke rumah yang berada di hulu sungai dari sekolah tersebut. Ini berikutan maklumat daripada penduduk rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, Entabai, Julau mengatakan sekitar jam 0100 hrs dan 0200 hrs ada mendengar suara dari arah sungai meminta tolong. Setibanya mereka di tebing sungai, mendapati hanya perahu dan enjin sangkut sahaja yang kelihatan hanyut.

Anak mangsa mengesahkan perahu dan enjin sangkut adalah kepunyaan mangsa.

Pasukan bomba dibantu agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi SAR dengan kaedah surface searching di lokasi mangsa terjatuh dari perahu di kawasan air sungai yang berpusar. Pencarian sejauh 3 km ke hulu sungai (Nanga Jemak) dan 2 km ke hilir sungai (Nanga Entabai).

Lokasi disyaki jatuh kawasan lubuk sungai di Ng Sayong. Mangsa kali terakhir dilihat berbaju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang. Perahu mangsa pecah dibahagian tengah dan pecah pada cover enjin sangkut 30hp.

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

23/5 Penerima bantuan kebajikan tetap dibantu - Abang Johari

KUCHING: Kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu kira-kira 56,000 penerima bantuan kebajikan di  negeri ini jika bantuan itu ditamatkan oleh Kerajaan Pusat.


Penerima bantuan itu melibatkan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan miskin.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri meneruskan bantuan itu meskipun pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar.


“Tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pentadbiran, kita meneruskan bantuan ini kerana Sarawak memiliki sumber mencukupi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri (lama), Petra Jaya, hari ini.


Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri ini.

Sumber:Jiwa Bakti 

Bintangor:Penyampaian sumbangan kutipan masjid dan surau kpd 6 buah rumah ranap mangsa kebakaran kpg muhibbah btgor.Ketua pegawai jais skei Ustaz syed Herold yg hadir bersama Ustaz mohd innsanuuddin(Naqib)
Ustaz hj Rimi b hj Sahari(Hal Elwal Islam Skei)Di Surau Darul ehsan jln bidadari btgor

Bintangor : YB Abdullah Haji Saidol Menteri Muda Hal Ehwal Korporat yang juga Ahli DUN N42 Semop hari ini mengadakan lawatan kerja menjenguk warga kawasan Selidap dan telah menyampaikan geran MRP kepada 7 JKKK Rumah Panjang. Pada tengah harinya pula Abdullah Haji Saidol ke Sg Sian untuk menyampaikan geran MRP kepada 8 JKKK Rumah Panjang.

Bintangor :Penyerahan sumbangan kepada JKKK Kampung Bintangor,Surau Dan Masjid oleh YB Abdullah Hj Saidol ,Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri ,Merangkap ADUN N42 Semop.

19 MEI 2018

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan memberikan peruntukan tahunan kepada semua 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri ini yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lalu.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata setiap Ahli Parlimen tersebut akan menerima peruntukan sama seperti yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri ini.

Peruntukan tersebut meliputi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1 juta, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta dan RM250,000 bagi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing. #SarawakAritok

Program Berambeh Segulai Sejalai di Dewan Seberguna Kpg.Muara Lebaan, Bintangor.

Tanjung Manis...

Sarikei:Penaman Calon P208 Sarikei...

Bintangor:Jemizul Johan Pertandingan Karaoke Terbuka  Program Sejiwa Senada Bintangor 2018.Manakala bagi kategori Veteran dimenangi oleh Encik Zainal Igong.

Jom orang Bintangor... !!! kita meriahkan Program Sejiwa Senada, di Stadium Bola Keranjang Bintangor, bermula 28 hingga 29 April tok.

Sebanyak  38 agensi kerajaan ngambik  bahagian dan orang ramei juak berpeluang berkunjung ke  lebih 40 gerai pameran sepanjang penganjuran program ya.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Patinggi, Abang Johari Tun Openg.

Menteri Muda di Pejabat  Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol madah, kesempatan tersebut harus dimanfaatkan oleh warga Meradong lebih fahami perkara penting yang diumumkan oleh ketua menteri sejak memimpin negeri.

Katanya, program juga akan memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan mereka yang berdekatan memperolehi perkhidmatan kerajaan, maklumat serta nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

"Saya bersama ADUN N43 Daro, Safiee Ahmad dan Adun N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan program Sejiwa Senada di daerah ini.

"Kita berharap ketua menteri akan membawa khabar gembira untuk rakyat Meradong seperti yang telah dibuat oleh beliau dalam program Sejiwa Senada di Sarikei dan Saratok sebelum ini.  Sudah pasti, kita tidak sabar untuk mendengar berita baik itu, " katanya.

Macam macam ada... cabutan tiket bertuah, macam macam hadiah, motosikal free pun ada. Retis semenanjung dan tempatan pun ramei... jom semua..

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor PPgB Nicholas pasukan khas Bomba digunakan untuk mencari mangsa
Gundok anak Malong berusia 80 tahun.

Pasukan STORM
Special Tactical Operation and Rescue Team Malaysia..7org

Pasukan MUST Team
Multi Skill Team..2 org

Komander operasi
PPgB Mohammad Azri bin Nordin

Kesemua pasukan khas adalah gabungan balai bomba sibu kanowit sg merah dan bintangor.

Turut membantu pdrm 3 org dan penduduk  rh pjg 3 org

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

*Calon Barisan Nasional Sarawak*
*_16 penyandang 15 mukabaru_*

P192 Ngogeh
P193 Wan Junaidi
P194 Fadillah
P195 Ko Tek wan
P196 Sim kui hian
P197 Rubiah wang
P198 Jenob anak sinek
P199 Richard Riot
P200 Nancy Syukri
P201 Rohani Abdul Karim
P202 Masir Kujat
203 Robert Pasang anak Alam
204 Robert Laswon Chuat
205 Subeng anak Mula
206 Yusuf Abdul Wahab
207 Ahmad Jonie Zawawi
208 Kuang Liong Sik
209 Joseph Salang
210 Agok anak Dagang
211 Kong Siang Chiew
P212 Wong Kie Yew
P213 Hanifah Abdul Taib
P214 Rita Sarimah Frederick Enso
215 Alexander Nanta Linggi
P216 Uggak anak Kumbung
P217 Tiong King Sing
P218 Lukanisma Awang Saudi
P219 Sebastian Ting
P220 Anyi Ngau
P221 Hasbi Habullullah
P222 Henry Sum Agung

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Haji Saidol berkata calon pengganti Datuk Norah Abdul Rahman perlu biasa dengan kawasan Parlimen Tanjung Manis P206 dan sanggup berkerja keras untuk membawa pembangunan kepada rakyat kawasan pesisir Tg.Manis.

Abdullah Haji Saidol yang juga merupakan Ahli DUN Semop menegaskan bahawa calon mesti rajin melakukan lawatan kerja ke kawasan dan berani menyuarakan masalah yang dihadapi penduduk kawasan. Tg.Manis menurut Abdullah pentingkan pembangungan infrastruktur oleh itu calon baharu mesti bersedia untuk berkerja lebih rajin untuk membangunkan kawasan.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY