'/>

Julau: Minta pihak berwajib terutamanya KPM untuk mengambil perhatian tentang bencana yang melanda SK Nanga Kota, Julau. Semua jalan menuju ke sekolah telah terputus akibat tanah runtuh dan air pasang besar.

Semenjak hari isnin, belum ada bantuan yg sampai ke sekolah. Resyen murid asrama semakin berkurangan. Begitu juga dengan minyak untuk genset. Malam isnin lepas (27 Feb), prasekolah juga telah tergelam akibat banjir.

Syukur bangunan yg lain berada di atas bukit dan tidak terjejas. Pihak sekolah terutamanya guru2 dan akp serta penduduk kampung turut berusaha untuk mencangkul tanah yg runtuh bagi membuka laluan jalan. Namun, terlalu banyak kawasan jalan yg terputus akibat tanah runtuh.

Foto by masjue masjuwita

Bintangor:Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.Difahamkan muatan belakang Lori treler ini telah lama di"parking" tepi simpang jalan sungai janting..perkara begini amat bahaya kepada pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.Hampir separuh jalan digunakan oleh Lori treler ini.

Sebelum perkara sik di ingin berlaku, bagus kito cuba elakan,mohon ado respon sebelum ado nyawao di mbakan bendo tuk.

Lokasi
Jalan Sg Janting, Rumah Keli

gambar ihsan: wargo prihatin/FB warga Bintangor Bandar Limau

Netizen mula bersuara bila tarikh BR1M sebelum ini dikatakan akan dikeluarkan pada 18 Febuari...tapi lain pula jadinya...

Tetapi hanya Bayaran pertama melalui baucer bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) 2017 akan mula diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerimanya pada 18 Febuari 2017, sementara bayaran melalui akaun akan bermula pada 22 Februari 2017.

Bayangkan masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terutamanya dari Sabah dan Sarawak.Mereka yang terpaksa bertolak sehari lebih awal ke Pasar atau Bandar...Sudah tentu pelbagai masalah akan mereka hadapi...

Sepatutnya maklumat  sebegini diberitahu lebih awal...Bukan sehari sebelum penyerahan BR1M...Kepada mereka pembuat keputusan....Fikirkanlah...

BINTANGOR : Penduduk mengesa tindakan segera pihak berkuasa ke atas lokasi ‘hitam’ yang dikenalpasti sebagai pusat aktiviti penyalahgunaan dadah di sini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, persekitaran lokasi terbabit bukan sahaja bising tetapi juga tidak selamat sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram kepada mereka.

“Kawasan itu pernah diserbu sebelum ini tetapi aktiviti berkenaan kembali berleluasa. Saya menggesa pihak Polis agar terus melakukan tindakan susulan bagi memastikan aktiviti ini tidak berulang.

“Aktiviti tidak bermoral ini harus dibenteras hingga ke peringkat akar umbi, ” katanya kepada Meradong Today.

ADUAN PENGUNJUNG STADIUM NEGERI SARAWAK:TEMPAT SEMBAHYANG ORG ISLAM DI STADIUM DLM KEADAAN YG KOTOR DAN TERABAI
Pihak pengurusan stadium negeri Sarawak & FAS harus peka dan bertanggungjawab diatas hospitality di stadium negeri Sarawak dan lebih2 lagi melibatkan tempat beribadah seperti ini... ini bukan perkara main-main
Keadaan lantai bertakung air dan sejadah basah. Keadaan dlm surau ini mcm tiada kerja penyelenggaraan & pembersihan dilakukan .

#senyumSabar

dari Iswandy Tayon.

Mintak tolong share pd sapa2 nak baca tok ni tauk ada temu insan nak sudi tlg. Makseh :')

Assalamualaikum. Kmk org mintak jasa bait sapa2 yg baca post tok , mun sudi lah oo , mintak derma sikit k tampong kos pembedahan (beli besi k pasang rah tulang nak patah) bjumlah RM3000 kawan kmk org tok (faizul) . Ny accident ari marek (1/2/2017). Patah pinggang + tulang paha + buku lali . Kmk org merlu duit secepat mungkin agar pembedahan ny dpt dilakukan dalam kadar yg segera. Selagi duit blom ada , slagi ya ny blom operate. Mintak tlg ktk org. Hanya Allah dpt balas jasa ktk org. Maksehh.

Xplu banyak derma, asal ada yg sudi/ikhlas menderma ya boleh lah bank in duit ke akaun bini ny

Nama : Nur Athirah Batrisyia Johnson Abdullah
Bank : BSN
Acc No : 13115-41-00005601-2

Kinek tok ny ada di hospital sarikei , d wad pembedahan lelaki tingkat 2 . Katil ny ada bdepan dengan kaunter dlm wad ya.

Lawatan Ke Tapak Projek Parit Bintangor bersama Pegawai Daerah Meradong dan Ahli Majlis Tempatan.
Dalam bilik gelap, lapar, kesejukan
Tampin: “Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata Mohd Dom Md Amin, 57, yang menemui kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan sendirian dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh di sini, tengah malam tadi.
Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.
Katanya, sebelum itu jiran terdengar tangisan kanak-kanak dan memberitahunya membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman.
Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, mangsa akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Beliau berkata, berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Sementara itu di Pasir Mas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu laporan polis kes kanak-kanak tiga tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumah di Tampin, Negeri Sembilan, sebelum tindakan lanjut diambil.
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, selepas laporan diterima, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut, termasuk tindakan mahkamah terhadap ibu kanak-kanak itu.
“Kami akan menjaga kanak-kanak ini dengan sebaiknya melalui unit perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara menunggu siasatan.
"Kita akan mendapat perintah selanjutnya daripada mahkamah jika perkara berkenaan dapat dibuktikan.
"Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001," katanya yang ditemui selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong di sini, hari ini.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY