'/>





Antara isu yang dibincangkan adalah permohonan naik taraf jalan kampung, pembinaan sistem perparitan,isu anjing liar,masalah sampah sarap,lampu jalan...
Dalam perbincangan tersebut pihak mdmj meminta penduduk kampung menjelaskan cukai.
Pihak kampung memohon pengurangan cukai pintu...
Antara pihak yang hadir, setiausaha Majlis Daerah,Kr. Morsili,Kr Abdul Rahman Embong,Ketua Kaum Penduduk Kampung,Exco Tertinggi PBB N40 Meradong, wanita dan Pemuda...

posted from Bloggeroid


Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Undurlah_PresidenFAM_/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

SYDNEY - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Kyle Cumming tidak menyangka terdapat tujuh ekor anak ular berbisa keluar dari tujuh biji telur yang dikutipnya di pekarangan rumahnya di Townsville, negeri Queensland.

Cumming yang merupakan peminat hidupan liar menemui sepuluh biji telur di padang rumput di kawasan rumahnya yang seluas 1.2 hektar beberapa minggu lalu.

Telur-telur itu kemudian diletakkan di dalam sebuah bekas makanan yang tertutup di dalam bilik tidurnya.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, ibunya, Donna Sim membuka penutup bekas tersebut dan mendapati terdapat tujuh ekor anak ular.

Dia kemudian menghubungi pakar-pakar hidupan liar untuk mengesahkan identiti haiwan yang ditemuinya itu.

Seorang pakar hidupan liar kemudian mendapati, haiwan tersebut ialah anak ular perang timur yang kedua berbisa selepas ular inland taipan di bumi.

Tiga lagi telur dalam bekas tersebut didapati busuk.

"Budak itu amat bertuah kerana dia tidak digigit," kata seorang penyelaras reptilia di Pusat Penjagaan Hidupan Liar Queensland Utara, Trish Prendergast.

Dia kemudian membebaskan haiwan tersebut ke hutan.

Menurutnya, bisa ular tersebut boleh membunuh manusia.

"Jika budak itu membuka penutup tersebut, dia mungkin tidak lagi hidup," katanya. - Agensi
Sumber: http://www.putrajaya-online.com/2012/12/nyaris-maut-tidak-sedar-kutip-telur-ular.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Tidak Wajib Tukar MyKad Baru
Monday, 10 December 2012 22:36


Rakyat tidak diwajibkan menukar kepada MyKad struktur baru yang dilaksana sejak 3 Januari lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong. 

Beliau berkata, pelaksanaannya juga adalah secara berterusan dan setakat ini menerima sambutan menggalakkan. 

"Respons bagus kerana sesetengah orang berpendapat kad baru ini yang menampilkan kriteria baru lebih baik dari segi keselamatan dan daya tahan. 

Namun tidak wajib menukar MyKad kerana versi lama masih diterima pakai," katanya.

Bagaimanapun katanya, bagi yang ingin menukar kepada versi baru boleh memohon di Jabatan Pendaftaran Negara. 
Sumber: http://www.peraknews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=4282:tidak-wajib-tukar-mykad-baru&catid=36:nasional&Itemid=67

posted from Bloggeroid

Sorang remaja pompuan yang bernama Nurdianaa Ali atau lebih dikenali sebagai Baby Diana, secara terbuka mengaku kehilangan dara didalam laman Twitter beliau semalam..

Pengakuan 'ikhlas' tersebut dibuat setelah beliau mengatakan bahawa teman lelakinya memutuskan hubungan dorang selepas berjaya mendapat 'dara'nya..

Menurut tulisan Baby Diana di laman tersebut, teman lelakinya yang dikenali sebagai Haziq langsung tak mahu menjawab sebarang panggilan telefon selepas kejadian kehilangan dara itu..

Kenyataan Baby Diana melalui Twitternya tersebut telah mendapat respon yang agak panas dikalangan pelayar laman sosial tersebut..

Sumber- http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/11/hot-remaja-melayu-meroyan-hilang-dara.html?m=1

posted from Bloggeroid

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. Kisah ini terjadi disebabkan bekas teman lelaki wanita tersebut ingin berbaik semula dengan wanita itu.

Teman wanita kepada bekas teman lelaki wanita itu cemburu kerana lelaki itu nak baik-baik semula dengan wanita itu. Maknanya disini, wanita itu kena sihir sebab lelaki itu nak suruh wanita itu kembali kepada lelaki itu dan teman wanita lelaki itu cemburu sebab dorang rapat.  Faham tak? klau x phm baca lagi kat bawah “Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. “Kami tidak mengenali antara satu sama lain. “Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. Dia sering kali ternampak lembaga hitam dan selalu dengar bunyi loceng di bawah katil dia. dia juga pernah bermuntahkan abu mayat [seram!] Berat badan yang asalnya 50KG, tinggal 43KG sahaja sebab terkena sihir itu.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. Oleh itu, kepada awak awak semua, jangan letak banyak sangat gambar kat FB itu, lagi senang tak payah letak langsung. Letak gambar kucing lagi bagus. Hehehe.. 
Sumber






Di suatu waku dahulu Negara di ancam oleh masalah Kominis, ia nya di anggap sebagai ancaman utama kepada keselamatan  Negara , kemudian ia ber alih kepada najis Dadah pula, ramai anak warga Negara kita terlibat, ia mengambil alih tempat sebagai ancaman utama Negara menganti kan Kominis pula.
Kini mengikut peredaran zaman ancaman Negara berubah ubah dari segi keselamatan Negara hingga lah kepada keselamatan diri seperti penyakit jantung, barah dan lain lain.
Boleh lah di kira ancaman dalam pelbagai bentuk ini ada 2 jenis. Yang tidak di jemput dan juga di jemput.Yang datang dari luar dan yang datang dari dalam, tetapi ancaman tetap ancaman.
Salah satu ancaman terbaru ada lah kemasukan Awang Hitam dari Negara Afrika yang kini seolah olah tidak terkawal. Entah apa sebab nya Negara kita menjadi tumpuan AH ini.Persoalan awal ia lah ada kah sistem pertahanan awal Negara senang di bolosi?
Apa kah penyeludupan masuk warga asing ini amat mudah laluan nya? Atau ada pihak tertentu menutup sebelah mata dengan kemasukan AH ini? Puak yang mendapat sesuatu dari kemasukan puak ini.
Begitu ramai warga Negara kita menjadi mangsa kepada mereka mereka ini. Boleh juga di salahkan mangsa dari warga  kita ini  tetapi itu masalah kita yang kita boleh selesai kan cara kita.Biar lah kita bicara tentang tetamu pelik ini yang datang dengan niat pelik ini dahulu.
Jika sistem awal pertahanan Negara kita begitu mudah di bolosi , apa jaminan kepada keselamatan rakyat kita bila serangan bentuk lebih besar datang menyerang?
AH ini begitu ramai berkeliaran sana sini, entah apa kerja nya entah apa pendapatan  nya.
Beratus kali sudah kes kes “black money” dan penipuan wang melalui laman sosial yang di siar kan tetapi mangsa semakin ramai pemangsa pun begitu juga.
Dari urusan “black money” beralih kepada kaldai dadah dan kni penipuan “cinta” pula.
Wang hasil kepada segala ini sudah mencecah ratusan juta. Wang Negara dari wanita ketagih cinta dan wanita ketagih keluar Negara sampai lah wanita yang pura pura tidak tahu diri di tipu semua nya sudah kerap sangat kita saksi kan. Itu yang tersiar, bagai mana pula yang malu untuk memberitahu diri telah di tipu si AH itu kita tidak tahu lagi.
Si AH ini ada yang sampai boleh membuka perniagaan hotel di Negara sendiri hasil penipuan licik mereka di Negara ini.  Malah modal dari penipuan ini ada yang memboleh kan mereka membuka perniagaan di Negara kita ini.Restoren dan lain lain pernigaan.
Jika sesiapa yang ada pengalaman tinggal sewa berdekatan dengan makhluk dari benua jauh ini akan tahu sikap mereka bila sudah ramai. Sedang dalam keadaan sedar pun membimbang kan , apa lagi dalam keadaan mabuk. Dengan bentuk badan yang besar dan tinggi amat sukar untuk Polis kita apa tah lagi warga biasa Negara kita sendiri.
Sudah lah warga dari Negara cina terutama nya wanita masuk dengan ramai nya, kita sendiri pun payah nak cam mereka ini orang cina sini atau orang cina luar. Begitu juga dari India yang kita sangka mamak tapi sebenar nya non Muslim dari India, kini tambahan AH pula.
Ada pendatang ini  yang dapat membentuk koloni nya sendiri,kawasan penduduk tempatan sudah di tawan orang luar. Masuk satu kumpulan maka bertambah lah kumpulan itu kemudian hari. Belum  lagi kita cerita tentang yang datang dari Indonesia terutama nya Aceh.Itu lagi lah sudah tidak terbicara lagi. Dengan sindiket edaran dadah nya.
Warga Negara semakin runsing, walau belum cecah tahap kritikal, tetapi jangan lah sampai warga Negara terasa terancam dan kemudian bangkit protes.Jaga lah sistem pertahanan awal Negara kita. Kos kendalian menjaga keselamatan makin meningkat dengan kehadiran masalah bentuk baharu ini.
Jika di penjara kan pun kos penjag aan makan dan urusan penjara akan meningkat.Bukan kah lebih mudah mengambil tindakan awal supaya penyelesian nya awal juga. Adak ah warga tempatan juga sebenar nya menjadi talibarut kemasukan mereka ini?
Apa pun segera lah tangani hal hal lobos nya sistem kemasukan orang orang ini , makhluk perosak ini harus di buat sesuatu, bayang kan bila mereka sudah ramai dan tidak terkawal lagi.Segera lah kerajaan bertindak.
Sumber: http://www.selangordaily.com/?p=5576&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

posted from Bloggeroid

Bintangor:







Sumbangan kepada anak yatim piatu, balu tunggal dan ibu tunggal.

posted from Bloggeroid

Mohamad (kanan) menunjukkan ikan spesis Phirana yang dirampas oleh pihak PGA di Rantau Panjang, dua hari lalu.

Oleh IZZ MIQAEL
BACHOK -  Berpuluh ekor ikan larangan spesis pemakan daging iaitu Phirana dirampas dalam sebuan Pasukan Gerak Am  (PGA) di sebuah rumah di Taman Rantau Jaya dekat sini pada jam 7 malam, Sabtu lalu.

Hasil rampasan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Pengarah Jabatan Negeri Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, keseluruhan nilaian rampasan ikan tersebut bernilai RM12,000 yang melibatkan 17 spesis eksotik.

Menurutnya, siasatan awal PGA mendapati penyeludup membawa masuk ikan hiasan itu dari selatan Thailand melalui pengkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang.

“Ikan tersebut kemudiannya disimpan di sebuah rumah sebelum menunggu pengangkutan yang akan membawanya kepada pembeli atau pengedar.

“Kebanyakan spesis ikan ini adalah dari spesis eksotik yang jarang ditemui seperti barb, silver shark, betta, pacu, clarias, keli albino dan ikan larangan seperti Phirana.

“Kes ini diserahkan kepada kami di bawah Seksyen 61, Akta Perikanan 1985, mengikut Peraturan Perikanan (Larangan Import Eksport 1990), kerana membawa masuk ikan tanpa permit dan ikan larangan import eksport, ” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut sebuah lori yang disyaki sebagai pengangkutan untuk memuatkan ikan tersebut turut dirampas.

“Ikan ini akan dilupuskan terutamanya Phirana yang menjadi ancaman dan perosak ekosistem perikanan  memandangkan ia adalah spesis berbahaya.

“Beberapa ikan yang bersesuaian akan digunakan untuk penyelidikan di Pusat Pengembangan Komuniti dan Akuakultur di Machang,” katanya.

Mohamad berkata, kes penyeludupan ikan hiasan eksotik sedemikian sering berlaku berikutan terdapat permintaan dari pembekal dan peminat ikan hiasan.

Katanya,  ikan tersebut adalah tiada diternak di Malaysia dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Beliau tidak menolak kemungkinan laluan negeri ini adalah transit sebelum diedarkan ke negeri- negeri lain di semenanjung.]

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY