'/>

Sarikei:Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Tuan DSP Zamry Ali pihak Badan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND )Sarikei telah menangkap t (5) lelaki, Warganegara asing (PTI) Myammar di bawah Sek. 39A(1) ADB 1952.

Serbuan dibuat dialamat K35 Perumahan Tg Manis 96150 Tg Manis, Sarawak oleh sepasukan anggota BSJND SARIKEI yang diketuai oleh Insp Omar telah menahan kesemua sabjek yang berada didalam rumah tersebut dan pemeriksaan Polis telah menemui dadah disyaki syabu atas meja bulat rumah tersebut. Kesemua sabjek ditahan di bawah Sek 39A(1) ADB 1952 dilokap Balai Polis Pusat Sarikei untuk siasatan selanjutnya.Rampasan dadah paket plastik lutsinar & (1) tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat kasar 9.60 gram anggaran nilai RM 2,880.Hasil ujian saringan awal dapati (4) sabjek positif dadah Meth dan (1) negatif dadah.

Bintangor :Menurut sumber Seorang warga Emas  didatangi oleh  2 lelaki 1 perempuan.. Bawa budak sekali..di Market Bintangor pagi tadi..Saspek ini menyamar sebagai pegawai kebajikan  dan mengambil gambar mangsa.Mangsa telah di bawa menggunakan Kereta kancil berwarna putih.Mangsa malang ini ditinggal di Jalan Janting Bintangor .Menurut sumber lagi mangsa malang ini telah mengalami kerugian berjumlah RM3000.Mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan siasatan.

Sekadar hiasan 

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima peluru hidup serta nota ugutan yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya semalam.

Seramai 679 pelajar ditangkap di seluruh negara tahun lepas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh

Sekadar hiasan 

Baram:Pasukan Polis Marin berjaya membanteras kegiatan pembalakan haram di Hulu Baram merampas sejumlah 133 kayu balak pelbagai jenis & saiz dengan anggaran nilai RM18,950.10 #sodiakroks
Sumber;https://t.co/CKTnsrOM7g

Cheras:Sekumpulan 10 lelaki bersenjata dengan tukul mengambil masa kira-kira tiga minit untuk melarikan diri dengan barang kemas bernilai RM1.5 juta dari kedai emas di pusat membeli-belah di Taman Segar, Cheras malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Ismadi Borhan berkata dalam kejadian pukul 8.30 malam, semua suspek memakai topi keledar dan sarung tangan sebelum mereka menyerbu ke premis di mana lima pekerja, termasuk pengawal keselamatan, bekerja.

"Siasatan awal mendedahkan lima orang lelaki itu bergegas ke premis itu dan menghancurkan kabinet paparan kaca ... lima lagi rakan sejenayah menunggu di luar (pusat membeli-belah) di beberapa motosikal Yamaha Y125Z.

Sumber :Malaysiakini

Kuching:Good evening.

*KENYATAAN MEDIA*
*KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SARAWAK*

Pada 18/11/17, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu-individu berlainan yang tidak berpuas hati terhadap satu komen oleh seorang pemilik akaun facebook yang berunsur ugutan ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak.

Siasatan telah dijalankan oleh polis di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Usaha juga telah dijalankan untuk mengenalpasti identiti pemilik akaun fb tersebut.

Pada 19/11/17 jam 2.30 petang, satu pasukan JSJ Kuching berjaya menangkap seorang pelajar sekolah berumur 14 tahun yang disyaki telah memuat naik komen ugutan tersebut. Saspek telah dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching setelah mendapat tahu bahawa polis sedang mengesan anaknya. Satu telefon bimbit milik saspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu telah dirampas darinya. Saspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang yang sama setelah keterangan diambil darinya.

*DATO' DEV KUMAR*

KUCHING: Polis sedang berusaha mengesan seorang netizen FB yang bernama "Gerard Hie" yang telah membuat komen ugutan mahu membunuh Ketua Menteri Sarawak DP Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, ini adalah susulan dari satu laporan yang diterima polis berkaitan perkara ini.

“Polis sedang siasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti pemilik akaun facebook tersebut,” katanya sebentar tadi sambil mengesahkan laporan polis mengenai perkara berkenaan telah diterima di Balai Polis Gita jam 5 petang tadi.

Laporan polis tersebut telah dibuat Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkaitan komen yang dibuat oleh "Gerard Hie" dalam status milik Sarawak For Sarawakian S4S (Sarawak Liberation Movement) SLM.

Pada mulanya "Gerard Hie" menjawab status akaun tersebut; "Setelah Sarawak Keluar Malaysia, Apakah Perubahan yg Kitak maok" dengan menulis “Jatuhkan Parti BN”, sebelum melanjutnya kepada menulis “bunuh Abang Jo” sebagai menjawab soalan rakannya.

Sementara itu, dua laporan polis berkaitan perkara ini  dibuat oleh Persatuan Waris dibuat di Kuching dan Bintulu pada hari ini serta dijangka beberapa laporan berkaitan perkara yang sama akan menyusuli dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, pengasas dan penaung S4S Official Abdul Halim Hamdian, ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan pihaknya juga akan membuat laporan polis berkaitan perkara ini kerana ianya melibatkan nama S4S.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila seseorang mengeluarkan ugutan bunuh kepada Ketua Menteri Sarawak," katanya.

"Kita akan membuat laporan polis berkaitan ancaman ini di sekurang-kurangnya di dua tempat; di Kuching dan di Samarahan pada esok hari," katanya sambil menambah beliau sedang berbincang dengan rakan-rakannya mengenai laporan polis yang bakal dibuat esok.

#TeamAbgJo

Kuching:Ugutan Bunuh CM Abg Jo oleh akaun FB Gerard Hie...Harap pihak polis dan skmm Sarawak mengambil tindakan.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, jam 9 malam ini berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Kuching-Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan dua lelaki di Sibu petang semalam akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Dev Kumar.

Pengarah JSJ dari Bukit Aman, Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, Dev kini sudah berada di Sibu bagi memulakan proses siasatan ke atas kes berkenaan bersama dengan pasukan petugas khas yang dibentuk.

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan dengan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Balai Polis Pusat Miri, hari ini.

Semalam dua lelaki berumur 47 dan 21 tahun ditembak mati di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan di Sibu oleh seorang individu pukul 12.15 tengah hari.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Amer Awal dalam kenyataan medianya di Kuching hanya mendedahkan umur mangsa iaitu 47 dan 21 tahun dan mereka merupakan ahli perniagaan tetapi nama mangsa tidak dinyatakan.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Najmuddin berkata, JSJ kini sedang melakukan kajian untuk mengkaji keperluan serta mengisi kekosongan jawatan detektif di seluruh negara.

Menurutnya, untuk jawatan detektif sebanyak 6,704 perjawatan diwujudkan untuk JSJ namun setakat ini diisi sebanyak 2,290 anggota sahaja.

Mengenai lawatan ke Balai Polis Pusat Miri, beliau yang pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat di Miri pada tahun 1980 hingga 1984 dan seterus di Baram, Marudi selama lapan bulan berkata, balai tersebut perlu dinaik taraf infrastruktur dengan segera.

“Tiada perubahan berlaku dalam Balai Polis Pusat Miri sejak saya berpindah malah keadaan semakin sesak dan panas,“ katanya sambil memberi jaminan akan cuba untuk membawa permasalahan ini untuk diselesaikan dengan segera.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia tengah hari ini di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

KUCHING : Seramai 36 individu termasuk 6 warga asing dicekup polis Sarawak kerana terlibat dalam perjudian haram di seluruh negeri semalam.
   
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK, Sarawak, SAC Dato Dev Kumar dalam operasi serentak di 11 bahagian itu, pihaknya menyasarkan premis-premis yang menjalankan perjudian siber dan loteri haram.
     
Operasi kali ini menyaksikan Miri merekodkan bahagian paling aktif dengan 7 serbuan di pelbagai premis dalam tempoh sehari.
     
SAC Dato Dev dalam satu kenyataan media mendedahkan kesemua yang ditahan berumur antara 18 dan 51 tahun.
   
Wang tunai berjumlah 12-ribu 742 ringgit termasuk pelbagai perkekas perjudian dirampas bagi tujuan siasatan.
    
Kes akan disiasat dibawah akta rumah terbuka 1953 dan akta imigresen.

KUCHING: Seramai 385 individu diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes-kes pengedaran narkotik di negeri ini, sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, tangkapan ini kemudian berjaya membentuk 254 kes.

“Daripada jumlah ini, 41 kes adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan 89 tangkapan, 36 kes di bawah Seksyen 39A(2) dengan 47 tangkapan manakala 176 kes untuk Seksyen 39A (1) dengan 245 tangkapan.

“Satu kes dengan empat tangkapan direkodkan di bawah Seksyen 6B akta yang sama,” katanya lagi.

Statistik ini tegasnya, amat membimbangkan kerana menyaksikan peningkatan signifikan dari aspek bekalan dadah.

“Sepanjang 12 bulan tahun lalu, kita hanya merekodkan 193 kes dan 325 tangkapan melibatkan seksyen-seksyen terbabit,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri semalam.

Dalam sidang media yang sama beliau turut melaporkan kejayaan Polis Sarawak memberkas dua suspek yang menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang bernilai pasaran lebih RM3.4 juta.

Dzuraidi turut melahirkan penghargaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri atas komitmen berterusan, hingga berjaya menangkap dan menyelesaikan banyak kes.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan kejayaan menahan 1,317 hantu dadah sepanjang tempoh yang sama.

“Sebanyak 1,047 kes direkodkan, dengan 912 kes dan 1,189 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 57 kes dengan 48 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 6 akta yang sama.

Sejumlah 80 tangkapan dan 78 kes berjaya dicatatkan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Pada masa yang sama 3,310 individu ditahan selepas saringan urin terhadap mereka didapati positif dadah. – Sarawakvoice

KUCHING - Polis DiRaja Malaysia(PDRM) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini selepas tertangkap dua lelaki berusia 27 tahun di sebuah premis perniagaan di kawasan Stutong dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis pada 21 September 2017 yang lepas.

Dalam serbuan berkenaan polis berjaya merampas kira- kira 11 kilogram dadah jenis syabu dan 993 biji pil estacy yang nilai rampasan kesemua dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM 3.7 Juta dimana dadah- dadah berkenaan dibungkus dalam pembungkus minuman yang dipercayai datang dari luar negara.

Info:klxpress

Sibu:Satu kejadian ragut telah berlaku di Jalan Wong Nai Siong berhadapan Sarawak Hotel apabila seorang lelaki telah meragut sebuah handphone dan beg duit yang diletakkan atas meja sebuah kedai makan. Suspek berjaya ditangkap oleh orang awam dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber:FB Info Sibu

Sarikei:Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Mat Jusoh Mohamad bersama Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Sarikei menunjukkan sebahagian rampasan di percayai dadah jenis syabu dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Susur Jambu Sarikei, pada jam 3.00 petang, 19 September lalu.

Dalam serbuan itu, Polis berjaya merampas keratan tiup straw yang mengandungi ketulan kristal  disyaki syabu seberat 51.89 gram dengan anggaran nilai RM7,700.

Susulan itu, sepasang suami isteri dan seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan Polis.Saspek berusia 24 hingga 35 tahun .Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan "perang" terhadap premis dan aktiviti judi haram yang dikaitkan dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata badan pencegahan rasuah itu akan mengambil tindakan terhadap pegawai penguatkuasa yang memberi perlindungan kepada sindiket aktiviti judi haram dan juga pengusaha premis yang menawarkan rasuah kepada pihak penguatkuasaan.

"Isu judi haram bukan isu baharu. Sudah tiba masanya SPRM mengambil tindakan khusus dan lebih agresif dalam memerangi aktiviti judi haram di negara ini," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

#DTrShare #DTrSELANGOR
Peluk duit rompak atas motosikal

EMPAT perompak van syarikat kawalan keselamatan di Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya pada 5 petang hari ini melarikan diri dengan menunggang dua motosikal motosikal Yamaha 125Z dengan salah satunya berwarna biru bernombor pendaftaran BFC 7361.

Gambar suspek itu yang memeluk guni berisi wang melalui Lebuhraya Duta - Ulu Klang Expressway (DUKE) sejurus kejadian sempat dirakam saksi yang menyalurkan maklumat itu kepada polis.

DUA guni wang dilarikan empat lelaki menunggang motosikal yang merompak van syarikat kawalan k dianggarkan berjumlah lebih RM700,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku ketika empat petugas syarikat kawalan keselamatan itu mahu memasukan wang ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak berkenaan.

"Dua daripada empat suspek bersenjatakan pistol menyerang seorang daripada petugas syarikat keselamatan itu dan merampas senapang patah dibawa mangsa sebelum menghentak kepalanya menggunakan senjata itu.

"Suspek turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan dua beg berisi wang tunai dengan membonceng dua Yamaha 125Z yang ditunggang dua rakan mereka.

"Siasatan dilakukan unit forensik turut menemui senapang milik mangsa yang dirampas oleh suspek, kira-kira 250 meter dari lokasi," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Jelasnya, kejadian menyebabkan seorang petugas syarikat kawalan keselamatan itu cedera dikepala.

"Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenal pasti suspek," Katanya Animeku

Foto :daily traffic report

Bintangor:Syabas kepada pihak penganjur ...

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY