Home
Bloggers BN Masih Lemah !!
Posted by
MERADONG TODAY
|
Monday, 23 May 2011 |
01:03:00
Bloggers BN Masih Lemah !!
Dr Puad Zarkashi menerangkan bahawa BN boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang.
Ditanya strategi BN untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata BN akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.
“Seterusnya BN juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan BN dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang,” katanya.
Meradong Today(MT) menyambut baik saranan Mohd Puad untuk 'berperang' dengan parti DAP. MT sendiri sudah kerap melondehkan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang.
Tetapi tanpa kesungguhan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mewar-warkannya di kawasan masing-masing atau pun media cetak dan elektronik, isu-isu tersebut akan terpadam begitu sahaja.
MT juga teruja dengan kenyataan Mohd Puad mengenai kepentingan media baru sebagai salah satu alat untuk membendung serangan psikologi parti pembangkang.Klik disini. Malah saranan beliau juga merupakan saranan Presiden BN sendiri.
Tetapi selain daripada jentera siber seperti yang disarankan oleh Puad Zakarshi, satu perkara yang perlu ditekankan ialah keprihatinan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu sendiri untuk mesra-siber. Mereka mesti ditekankan tentang kepentingan berkomunikasi dengan rakyat dengan menggunakan social networking seperti Facebook, blog dan twitter.
Satu perbandingan mudah, berapakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang menggunakan akese twitter?
Alasan yang sering didengar ialah pemimpin-pemimpin tersebut kononnya tidak ada masa untuk melayan Facebook atau twtter. Inilah jawapan skema pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak masuk akal dan sangat merugikan.
Di dalam 'tidak ada masa' itu, pemimpin-pemimpin pembangkang telah memperalatkan Facebook dan twitter to the fullest di mana segala info boleh disalurkan, benar atau tidak. Malah, ramai daripada pemimping-pemimping pembangkang yang ramai followers mereka jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin BN!
Jika kita kaji twitter, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin BN begitu lemah jika di bandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. Begitu juga Facebook atau pun FacePages.
Makanya, MT sarankan kepada pemimpin-pemimpin BN supaya walk your talk. Contohi DS Najib Razak yang menggunakan semua akses social networking tersebut malah beliau sendiri mempunyai program bulanan bersama rakan Facebook yang sangat diminati oleh warga siber.
No comments: