'/>

Kenapa Lee Kuan Yuew berada di Malaysia selama 8 hari ?

[PAP2.jpg]

Senario pertama :

Isu mendesak kepulangan bekas ketua PKM ( Parti Komunis Malaya )  Chin Peng telah dicetus oleh parti GERAKAN  dan mengundang polemik nasional..


Senario kedua :

Lawatan Datuk Najib ke China dikira sangat berjaya dan mungkin ia mengundang rasa tidak senang dari jiran kita iaitu Singapura ?


Senario ketiga :

Lawatan Lee Kuan Yuew selaku Menteri Kanan Singapura ke Malaysia selama 8 hari dan agenda beliau adalah berjumpa pemimpin BN termasuklah pemimpin yang ditadbir oleh pembangkang seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz.





Andaian  : 

1- Apakah tindakah LKY datang ke negara kita selepas risau melihat kejayaan lawatan Datuk Najib ke China ? 

2- Atau ia agenda untuk memasukkan Singapura ke dalam Malaysia kembali seperti pendedahan blog PI5SAU ini ? 

3- Juga kerana bagi menekan DS Najib agar melaksanakan 1Malaysia seperti Malaysian Malaysia yang PAP lakukan dan perjuangkan sebelum ini ? Walhal DS Najib sudah menegaskan konsep 1Malaysia tidak bercanggah samada tersirat atau tersurat dengan perlembagaan negara kita ?

4- Adakah reaksi Anwar mendesak Chin Peng pulang ke Malaysia susulan lawatan LKY ke Malaysia ? Ini kerana ada desas desus mengatakan bahawa Singapura membiayai PKR dalam pilihanraya 

5- Kenapakah LKY bertemu isteri DS Najib ? Adakah ia atucara yang bersifat ada udang di sebalik batu atau sekadar biasa biasa saja ????

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY