Satu nama yang Anwar sebut – boleh membantu PKR dalam memenangi pilihanraya adalah ‘inner circle’ Najib sendiri. Anwar berkongsi informasi bagaimana peranan dua tiga orang individu di sekeliling Najib yang boleh memberikan kekuatan kepada PKR dan Pakatan Rakyat
Antara nama yang disebutkan Anwar adalah OMAR MUSTAPHA ONG. Ramai yang ketawa kecil. Namun, Anwar sudah memaklumkan kepada mereka bagaimana PKR dan PR patut berterima kasih kepada Omar Mustapha kerana banyak membantu PR dalam merangka strategi menghentam Najib. Menarik ulasan Anwar.
Omar ini, tegas Anwar – adalah seorang ‘liberalist’ yang tidak mempunyai sentuhan politik. Kalau Najib bercakap mengenai MERITOKRASI, sound bytes itu datangnya daripada Omar Mustapha (Ethos Consulting). Mereka ini tidak percaya sama sekali keperluan Melayu dipertahan dalam bab ekonomi. Kelemahan inilah yang Anwar mahu PKR/PR perteguhkan.
Anwar memberi contoh bagaimana, Omar Mustapha Ong berperanan dalam menentukan PETRONAS ditukar wajah daripada mempunyai kepimpinan MELAYU; kepada sebuah organisasi antarabangsa yang lebih liberal.
Omar Mustapha, yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah PETRONAS; sudah bergerak dari dalam memastikan pelantikan kepimpinan PETRONAS dibuka seluas mungkin kepada orang luar – dan bukan kepakaran PETRONAS sendiri.
Nama, Dato’ Shamsul Azhar Abbas, dipilih oleh Perdana Menteri – namun semuanya itu di atas cadangan ETHOS CONSULTING dan Omar Mustapha Ong. PETRONAS mesti diberikan wajah 1Malaysia.
Siapa yang berperanan memburukkan imej Tan Sri Hassan Marican di mata Najib (Anwar menganggap Omar Mustapha Ong sangat influential dalam memastikan Tan Sri Hassan tersingikir – dan tidak diberikan peranan langsung di dalam kerajaan Malaysia) pada ketika ini.
Hari ini, Omar Mustapha adalah individu sama yang mahukan Shamsul Azhar dikeluarkan daripada PETRONAS! Alasan yang diberikan kepada Najib – dia tidak lagi mendokong transformasi kepimpinan yang dibawa oleh Najib! Semua cerita dalaman PETRONAS ini Anwar terangkan secara panjang lebar….
Anwar mahu PKR/PR lebih ‘understanding’ sekiranya sebulan dua kebelakangan ini dia dan pimpinan PKR akan bercakap lebih kuat mengenai isu Melayu. Sesuai dengan suasana pilihanraya, Anwar perlu ‘re-establish’ kedudukan sebagai pejuang Melayu; bagi memastikan undi Melayu kepada PKR tidak merosot teruk. Gentleman agreement bersama DAP telahpun diperolehi.
Anwar mahu Pakatan Rakyat menggunakan ‘loopholes’ dalam pasukan Najib bagi menyusun agenda serangan bersifat ‘polisi dan dasar.
Soalan kepada pasukan Najib:-
* Apakah mereka sedar bahawa sikap dan pendirian liberal Omar Mustapha Ong akan merosakkan kredibiliti PM?
* Adakah seorang yang single-handedly membantu kejatuhan Pak Lah perlu terus diberikan ruang menasihati PM sekarang?
* Apa peranan ETHOS CONSULTING dalam mewujudkan ‘triad’ 4th floor zaman Pak Lah masih diperlukan kepimpinan Najib pada ketika ini?
* Apakah Najib sedar bahawa Omar Mustapha Ong mempunyai sikap yang sangat ‘problematic’ di dalam Lembaga Pengarah PETRONAS?
Soalan-soalan ini penulis tanyakan secara ikhlas kerana tidak mahu, individu sama yang menyebabkan PM sebelum Najib jatuh terduduk…mahu digunapakai lagi buat kali ini. Di dalam PETRONAS sendiri, ramai yang semakin sakit hati dengan permainan Omar Mustapha Ong…
SUMBER:AAKJ
No comments: