Berikut saya berikan hukum sebenar murtad menurut Islam. Berbanding dengan implementasi perundangan dan perlembagaan negara, saya dapati negara ini hanya mengamalkan hukum murtad yang paling minimum.
Memandangkan gejala murtad semakin berleluasa di Malaysia, saya mencadangkan agar undang-undang berkenaan murtad diperketatkan. Kewajaran ini jelas memandangkan Islam adalah agama rasmi negara ini dan kita perlu memelihara aqidah saudara seagama kita yang seolah-olah mudah dipermainkan oleh pihak agama lain. Meskipun negara ini mengamalkan kebebasan beragama sebagaimana dasar yang dibuat oleh Kerajaan Madinah di zaman Rasulullah SAW dahulu, implementasi mengenai undang-undang murtad perlu diperjelaskan kepada seluruh umat Islam supaya tidak ada yang keliru dengan hukum sebenar.
Tak semestinya seseorang murtad itu di hukum bunuh. Namun bagi kes yang mahukan permasyhuran diri sebagai murtad seperti kes Lina Joy, kewajaran untuk dikenakan hukuman bunuh wajar dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya dikenakan hukuman berat!
Biar apa pun yang diperkatakan sama ada golongan hak asasi manusia mahupun agama lain, hukum Allah lebih penting untuk dilaksanakan, terutamanya bila aqidah umat Islam semakin digoncang para kuffar yang tidak menghormati lagi Islam di negara ini.
Dari sudut bahasa, “Murtad” adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “Riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa “riddah” bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.Tak semestinya seseorang murtad itu di hukum bunuh. Namun bagi kes yang mahukan permasyhuran diri sebagai murtad seperti kes Lina Joy, kewajaran untuk dikenakan hukuman bunuh wajar dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya dikenakan hukuman berat!
Biar apa pun yang diperkatakan sama ada golongan hak asasi manusia mahupun agama lain, hukum Allah lebih penting untuk dilaksanakan, terutamanya bila aqidah umat Islam semakin digoncang para kuffar yang tidak menghormati lagi Islam di negara ini.
Ada pun dari sudut syarak, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
Orang yang murtad beserta hukumannya terbahagi kepada tiga kategori:
1. Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
2. Orang yang murtad dan menzahirkannya.
3. Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengannya.
Penjelasannya adalah seperti berikut:
Kategori Pertama: Orang yang murtad, namun menyembunyikannya.
Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah menjelaskan:
Islam tidak menjatuhkan hukuman bunuh atas orang yang murtad yang tidak menghebahkan murtadnya dan tidak menyeru orang lain agar murtad sepertinya. Islam membiarkannya agar menerima balasannya di akhirat kelak jika dia mati dalam kekafirannya itu. Allah berfirman……
“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya”. (Al-Baqarah 2:217)
Kategori Kedua: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya.Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”
- Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
- Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
- Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
- Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
- Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Kategori Ketiga: Orang Yang Murtad Dan Menzahirkannya Serta Menyerang Islam Dengannya.
Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Pengecualian adalah jika mereka bertaubat sebelum ditangkap, maka taubat mereka diterima.
Berkenaan orang murtad kategori ketiga ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah melainkan salah satu dari tiga perkara: 1. Seorang yang berzina setelah dia menjaga kehormatannya dengan perkahwinan, maka sesungguhnya dia direjam,
2. Seorang yang keluar (dari Islam dan jamaah, lalu) memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan
3. Seorang yang membunuh satu jiwa, maka dia dibunuh sebagai hukum timbal balik.
2. Seorang yang keluar (dari Islam dan jamaah, lalu) memerangi Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dibuang negeri dan
3. Seorang yang membunuh satu jiwa, maka dia dibunuh sebagai hukum timbal balik.
Mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maidah 5:33-34)
sumber:peraktoday.com
No comments: