'/>

Adenan Jamin Transformasi Pembangunan Berterusan!!



Tan Sri Adenan kali ini memastikan agar pembangunan berterusan di kawasan Tanjung Datu.  Walaupun tidak secara mendadak namun sedikit demi sedikit?  Maksud beliau adalah penembusan transformasi pembangunan akan berlangsung sebanyak 80 peratus dalam tempoh dua tahun dengan memastikan bekalan air bersih, elektrik dan juga sistem pengangkutan dan perhubungan akan ditingkatkan lagi di kawasan sekitar Telok Melano dan Lundu.  

Tiga jambatan besi juga akan dijangka untuk pembinaan dengan kerjasama Ahli Parlimen Santubong.  Kawasan di sekitar Telok Melano ini hanya dapat dihubungi dengan meggunakan bot selama 40 mint perjalanan akan dapat diakses menggunakan kereta mahupun lori tidak lama lagi.  Inilah transformasi pembangunan yang tidak akan dikecapi sekiranya mengundi pihak pakatan rakyat yang penuh dengan isu skandal, rasuah dan juga kegiatan tidak bermoral!!???

Tiga jambatan besi dijangka akan dibina bagi menghubungkan Telok Melano dengan Lundu

Posted Utusan Borneo on October 20, 2011, Thursday

GUNAKAN SEBAIKNYA: Adenan menyampaikan geran MRP kepada salah seorang daripada 51 penerima semalam sambil disaksikan oleh Azmi (kanan) dan Muhammed (tiga kanan)
LUNDU: Tiga jambatan besi dijangka dibina tidak lama lagi bagi menghubungkan Telok Melano ke sini.

Menurut Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, jambatan-jambatan itu bakal menghubungkan Kampung Pueh ke Kampung Serabang dan seterusnya Telok Melano dengan merentasi Sungai Belisa, Sungai Bedaun dan Sungai Samunsan.

“Saya mahu memohon agar jambatan besi dibina sebagai penghubung sementara waktu, memandangkan ia dapat dibina dengan cepat.

“Dengan ini barulah kita boleh katakan akses jalan raya di negeri ini bermula dari pangkal negeri hingga ke hujung Sarawak kerana Tanjung Dato merupakan pangkalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Azmi Bujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Corridor Development Corporation Berhad Datuk Muhammed Kassim.
Setakat ini, Telok Melano hanya dapat diakses menerusi jalan air dengan menaiki bot selama 40 minit.

Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dato memberitahu beliau akan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi merealisasikan cadangan itu.

Beliau juga memberitahu, konstituensinya akan mendapat akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik dengan kadar penembusan sekurang-kurangnya 80 peratus dalam tempoh dua tahun ini.

Menurutnya, rata-rata kampung di kawasan itu masih bergantung kepada air graviti.

Kita mahu mengubah kawasan ini ke arah yang lebih maju walaupun sedikit demi sedikit,” katanya.

Selain menyampaikan geran MRP berjumlah RM337,000 kepada 51 orang penerima, majlis turut menyaksikan Muhammed menyampaikan sumbangan kepada beberapa surau di daerah ini.

Jumlah keseluruhan MRP yang disampaikan tahun ini adalah sebanyak RM1,059,000 dengan jumlah penerimanya 157.

Adenan berkata, penyampaian geran MRP itu tidak berhenti di situ sahaja tetapi secara berterusan.

“Bagi yang sudah menerima geran hari ini (semalam), anda mesti terus bergiat aktif, jangan ‘tidur’ sahaja.

“Proses memberi geran ini adalah secara berterusan kerana ada lagi MRP yang belum dibelanja dan saya akan mengarahkan D.O (pegawai daerah) untuk mencari persatuan-persatuan Cina, Selako, Iban, Melayu, Bidayuh dan semua bangsa yang memerlukan bantuan,” katanya.
sumber:mukapetang.blogspot.com

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY