'/>

#AmanKampus di Media....




Penuntut perlu elak terlibat sebarang demonstrasi
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 April 2012


KOTA BHARU- Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Penggerak Generasi Muda Malaysia (PGMK) Kelantan menggesa penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri ini tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi atau bantahan.

Presiden PGMK Kelantan, Ik Ku Man Mat Zain berkata, demonstrasi atau bantahan berkenaan bukan sahaja merugikan penuntut itu sendiri, malahan boleh menjejaskan pengajian mereka.

“Penuntut universiti awam dan swasta di Kelantan dinasihatkan tidak terlibat dengan mana-mana bantahan atau demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa itu sendiri atau pertubuhan lain.

“Mereka perlu memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan tidak pula terlibat dengan kegiatan tidak bermoral termasuk mengadakan demonstrasi apabila tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program PGMK

Himpunan Aman Kampus Memperkasakan Generasi Muda di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini.

Himpunan 1,000 generasi muda terdiri daripada penuntut IPTA/IPTS di seluruh Kelantan dan belia terpilih berkenaan dilakukan bagi mengajak penuntut di negeri ini konteks kepimpinan melalui jelajah di seluruh negeri.

Ik Ku Man berkata, sebenarnya, dalam soal terlibat dengan demonstrasi atau bantahan, ia hanya dilakukan segelintir penuntut itu sahaja, namun tindakan mereka boleh memburukkan semua nama penuntut dan pengajian.

Menurutnya, himpunan tersebut memberi pendedahan kepada penuntut supaya mereka boleh menjadi pemimpin berkualiti di bawah Generasi Muda 1Kelantan 1Malaysia seiring dengan peranan mereka sebagai ejen perubahan sosial, agama dan bangsa.

“Program seperti ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai semangat 1Malaysia dengan membolehkan mereka lebih memahami peranan, tugas dan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin berkaliber kelas pertama.

“Himpunan ini juga turut menjemput ahli di seluruh sekolah bagi tujuan pendedahan awal kepada pelajar dan bagi jelajah aman kampus pula, ia dilakukan dengan 10 kereta dan dua kereta, malahan Kelantan menjadi negeri kelima jelajah aman kampus ini,” katanya.-SinarHarian

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY