'/>

20 Akaun, RM3 Bilion : Abdul Murad Sedia Kerjasama



Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki, berhubung dengan pengendalian akaun-akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Murad dalam satu kenyataan semalam mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.

Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: “Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta pihak berkuasa.

“Dan saya juga bersedia untuk  memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.”

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan  wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu. - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY