'/>

Bomoh tolak sial tumpas

MOHD. SHUKRI menunjukkan wang tunai dan beberapa peralatan lain yang dirampas daripada empat bomoh wanita warga China pada sidang akhbar di Ipoh semalam.

IPOH - Kelicikan empat wanita China menipu rakyat negara ini dengan menyamar sebagai bomoh pembuang sial hingga melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit sejak tiga tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya diberkas dalam satu operasi baru-baru ini.

Suspek berusia antara 45 hingga 51 tahun tersebut diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak di sebuah hotel di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 pagi, 17 Mei lalu.

Modus operandi mereka ialah mengatakan mangsa yang telah ditilik nasibnya akan ditimpa nasib malang dalam tempoh terdekat selepas membuat tilikan berdasarkan raut wajah. Kebanyakan mangsa merupakan warga emas berketurunan Cina.

Apabila mangsa telah berjaya ditakutkan, sindiket akan menawarkan pula khidmat perubatan alternatif kononnya dapat membuang nasib sial tersebut.

Sebagai upah, sindiket akan meminta mangsa menyerahkan barang kemas dan wang.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY