'/>

Hukuman merotan di Malaysia


Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:
Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:
  • Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
  • Lelaki berumur 50 tahun ke atas;
  • Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
  • Orang gila.

Kaedah-Kaedah Merotan[sunting | sunting sumber]

Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberipemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak oleh banduan yang tidak terlibat.
Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.
Patung banduan yg diikat ke rangka berbentuk "A". Dalam gambar ini, kepalanya masih belum diletakkan dibawah kayu melintang.
Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnyadiikat pada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 (2005) untuk setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu.
Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang berikutan. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.
Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan digunakan untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Pemutih Clorox" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.
Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sessi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY