'/>

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Harun Taib meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yangdilaporkan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganupada kelmarin, telah kembali ke rahmatullah pada lewat malam Jumaat.

Perkhabaran sedih tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi muat naik status di laman Facebook miliknya.Allahyarham Harun Taib dilaporkan masih tidak sedarkan diri pada petang semalam ketika diziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya.Allahyarham merupakan pemimpin politik PAS di kawasan DUN N22 Manir, Kuala Terengganu dan merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/ketua-dewan-ulamak-pas-pusat-datuk-harun-taib-meninggal-dunia-28882?cp

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY