'/>

Schumacher Akan Terus Koma

Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher dilaporkan berada dalam keadaan bahaya sekiranya ditinggalkan dalam keadaan vegetatif berterusan.
 
Lagenda F1 Jerman berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.
 
Menurut laporan Mirror, walaupun keadaan Schumacher stabil, doktor bimbang sekiranya kerosakan otak Schumacher akan menyebabkan beliau mengalami sindrom Apalik.
 
Laporan itu menyebut, walaupun jika doktor berjaya menyedarkan Schumacher daripada koma, beliau masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.
 
Koma yang dialami Schumacher memerlukan masa untuk sembuh.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY