'/>

Tetakan maut ...

IPOH: Seorang lelaki maut akibat ditetak dengan parang di kepala oleh sekumpulan lelaki ketika hendak memasuki kereta selepas keluar dari sebuah bank berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa yang menaiki Proton Waja bersama tiga lagi rakannya dipercayai berhenti di lampu isyarat depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sebelum didatangi empat lelaki menaiki kereta model Perodua Myvi.
Sebaik dihampiri, tiga lelaki keluar dan menyerang mangsa dengan parang ketika mangsa baru saja mahu memasuki keretanya.

Mangsa yang pada awalnya parah di bahagian kepala dan badan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), namun maut ketika mendapatkan rawatan.sumber

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY