'/>

Karpal maut dalam kemalangan Jalanraya

Kali ini bukan setakat cakap - cakap je beb. Kali ini cerita betul Ianya dah mula tersebar dalam laman media sosial dan disahkan melalui laporan berita.

Dikhabarkan pada awal pagi, Si Karpal Whilchar tu maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan kenderaan yang dia naiki dengan sebuah lori.

Kejadian sekitar jam 1.30 pagi tadi berlaku di Kilometer 301.6 Leburaya Utara - Selatan menghala ke Utara berhampiran dengan kawasan Gua Tempurung.

Selain Karpal, yang turut maut ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez. Mereka dipercayai menghala ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyata Alphard yang dinaiki oleh Karpal telah melanggar sebuah lori yang menukar laluan tanpa memberi sebarang isyarat.

Walaubagaimana pun, pemandu, pembantu rumah dan anak Karpal, Ram yang turut berada dalam kenderaan tersebut dilaporkan selamat.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY