'/>

Parlimen Kecoh Pembangkang Putarbelit Kenyataan

alt
 Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah menegur Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang memutar belitkan laporan daripada Ketua Audit Negara.

Sivakumar terdahulu membuat kenyataan bahawa Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melakukan ketirisan bernilai RM28 bilion tetapi terus diselar oleh Ahmad.

"Ketua Audit Negara tidak pernah mendedahkan mengenai ketirisan bernilai RM28 bilion tetapi mereka hanya menegur kerana kerajaan telah berbelanja melebihi RM1.5 bilion sahaja.

"Jangan putar belit kenyataan kerana ianya lebih kepada teguran dan tidak ada laporan mengenai RM28 bilion, tarik balik kenyataan tersebut kerana ia tidak benar," kata Ahmad ketika membalas kenyataan Sivakumar.

Kenyataan daripada Ahmad tersebut menyebabkan Sivakumar dari parti DAP terus duduk mendiamkan diri dan tidak dibantu oleh mana-mana ahli parlimen pembangkang yang lain.

Ahmad ketika itu sedang menyampaikan perbahasan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum memberi laluan kepada Sivakumar untuk mencelah.

Pada sesi terdahulu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani turut menyokong perlaksanaan GST yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana ia disifatkan sebagai suatu sistem cekap dan telus.
-http://www.rakyatnews.my/

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY