'/>

Tiada warga Malaysia terbabit rempuhan di Masjidil Haram


Tiada jemaah umrah Malaysia yang cedera dalam kejadian rempuhan di Majslidil Haram Mekah pada Khamis.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan perkara itu di Teluk Intan sebentar tadi.

"Pegawai Tabung Haji sahkan kejadian dan memberitahu tiada warga Malaysia terbabit.

Dalam kejadian yang menjadi viral di media sosial itu, tiga wanita dan seorang lelaki cedera selepas terperangkap dalam rempuhan.

Arab News melaporkan,  jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi sebagai berkata, ketiga-tiga wanita itu telah dirawat di tempat kejadian dan mangsa keempat telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan.

Menurut seorang lagi pegawai, lelaki terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala.

Katanya kejadian itu berlaku apabila sebaik pintu Kaabah dibuka untuk majlis penyucian orangramai yang teruja telah merempuh untuk melihat keadaan di dalam Kaaba. Ketika itulah lelaki berkenaan jatuh dan cedera di kepala.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan

Terdahulu, Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah mewakili Raja Abdullah telah mengambil bahagian dalam upacara penyucian Kaabah.

Upacara membersihkan bahagian dalam Kaabah dilakukan dua tahun sekali, iaitu pada bulan Muharram dan Shaaban dalam kalendar Hijriah. 

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY