'/>

ANGGOTA GENG BOTAK SASPEK KES ROGOL GURU DAN PELAJAR DITAHAN

geng botak
MIRI: Polis menahan tujuh anggota Geng Botak, termasuk seorang suspek utama yang terlibat dalam kes samun dan cubaan merogol seorang guru serta pelajar tingkatan dua di sini.
Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam tempoh dua hari lepas.
“Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Gan berkata, polis turut berjaya merampas kembali barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas.
-mStar

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY