'/>

Ketua Polis Tidak layan "Arahan " Khairy


Dari Mykmu :

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis melaksanakan undang-undang dalam kes perebutan anak antara ibu beragama Hindu dan Bapa beragama Islam yang memberi gambaran seolah-olah Polis mesti mengikut arahan Mahkamah Sivil. Mungkin Khairy kurang faham atau memang jenis suka membuat kenyataan semberono, hakikatnya Polis tersepit antara keputusan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Namun yang lebih mencurigakan apa hak KJ untuk masuk campur kerja Polis Di Raja Malaysia. Jika KJ tidak berpuas hati beliau boleh membawa ke Kabinet bagi membuat keputusan mengarahkan Polis membatalkan keputusan mereka untuk tidak berpihak kepada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah dalam kes ini.

Pagi tadi kami melaporkan sebuah NGO India memanggil badut kerana keenganan Khalid mematuhi arahan Mahkamah Sivil agar anak tersebut diberi kepada ibu beragama Hindu. Khalid sebaliknya mencadangkan pihak ketiga menjaga anak tersebut kerana Polis tersebit antara dua arahan iaitu arahan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Sebelah petangnya, Khairy Jamaluddin memberi kenyataan kepada Malaysiakini MENGINGATKAN Polis perlu mengikut undang-undang. Kenyataan Khairy kepada Malaysiakini seolah-olah bersetuju dengan NGO India yang mendesak Polis mematuhi arahan Mahkamah Sivil.

Bagaimanapun sebentar tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tanpa merujuk kepada “peringatan” KJ, menyatakan beliau tetap dengan kenyataannya bahawa polis akan menempatkan anak dalam kes hak penjagaan membabitkan mahkamah syariah dan sivil, di pusat penjagaan.

“Saya tetap dengan kenyataan saya,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan bola sepak ‘Interforces Games 2014′ di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Singapura di Seremban hari ini.

Semalam, Khalid berkata polis mengambil jalan tengah dalam soal hak penjagaan anak yang membabitkan keputusan berbeza mahkamah syariah dan sivil, tanpa menguatkuasakan perintah mana-mana mahkamah.

Katanya dengan menempatkan anak di pusat penjagaan, pihak yang berkenaan boleh melawat anak masing-masing.

Kenyataan Khalid itu dikecam beberapa pihak yang mahu polis menguatkuasakan perintah mahkamah terutama membabitkan waran tangkap.

Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S Deepa yang beragama Hindu.

Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah mahkamah pada awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY