'/>

Bocor soalan UPSR sabotaj TPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga Kementerian Pendidikan.

“Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Saya sedar dan faham perasaan ibu bapa dan murid. Malah sama seperti mereka, saya berasa amat terkilan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan yang bermula hari ini.

Muhyiddin juga memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengesan dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Beliau menjelaskan, satu jawatan kuasa bebas ditubuhkan bagi mengesan punca dan mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.

– UTUSAN ONLINE

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY