'/>

Komuniti Melayu Bintangor mendapat 194.7 hektar dikawasan Loba Bunut Laut

Insiatif Baru NCR merupakan salah satu lagi bukti kesungguhan kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei membela nasib pemilik tanah di negeri ini.

Menteri Muda Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh berkata, ia merupakan langkah berterusan kerajaan bagi mempertahankan hak rakyat ke atas pemilikan tanah masing-masing.

"Melalui usaha ini juga isu pencerobohan tanah dapat diatasi.

"Usaha baik perlu mendapat sokongan padu rakyat. Kita tidak patut membuang masa pasukan survei yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka.

Apa yang penting sekarang, selesaikan dulu pertikaian terutama yang melibatkan masalah persepadanan," katanya pada majlis penyerahan warta kerajaan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Insiatif Baru NCR, Kawasan Loba Bunut Laut, Meradong dan Penempatan Tol Bagi Skim Penempatan Semula, Meradong, semalam.

Majlis penyerahan itu melibatkan kawasan di Loba Bunut Laut yang terdiri daripada komuniti Melayu dan Iban.

Untuk komuniti Melayu sebanyak tiga lot mengandungi keluasan 194.7 hektar untuk kegunaan pertanian khasnya bagi Kampung Bidadari, Kampung Abang Ali dan Abang Amin, Bintangor.

Bagi komuniti Iban, sebanyak lima lot mengandungi keluasan 517.6 hektar bagi penduduk Rumah Regina, Micheal Rima, Michel Tandang, Langga Kaming, Peter Kilas, Nanga Bangkit, Nangan Selidap dan Sungai Selidap.

22 kawasan yang telah siap disukat dan diluluskan di bawah Insiatif Baru NCR pada 2010 dan 2011 di bahagian Sarikei dengan kawasan seluas kira kira 119,622 hektar merangkumi daerah Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY