Pengkhianat dan Penderhaka kepada bangsa dan negara .. jika anda tidak gembira tinggal di negara ini, pergilah ke tempat lain, semudah itu".
Itulah respon Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Haji Saidol apabila dihubungi Sarawakiana mengenai status Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada akaun Facebooknya yang mempersoalkan lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan di dalam pawagam.
"Saya amat terkejut dan merasa loya dengan komen serta sikap seorang warganegara Malaysia yang bergelar Yang Berhormat tentang permintaan untuk berdiri kepada lagu Kebangsaan "Negaraku" di Panggung Wayang sebelum sesebuah filem ditayangkan."
Abdullah, yang juga ADUN Semop berkata, inisiatif (memainkan lagu Kebangsaan "Negaraku" di Panggung Wayang sebelum sesebuah filem ditayang), lebih-lebih lagi sempena dalam bulan menyambut Hari Malaysia yang penuh bermakna.
"Biarpun Chong kemudiannya telah mengakui bahawa komen beliau adalah tidak wajar dan memohon maaf namun impliklasi serta kesan komen pada status pertama beliau sudah pun terjadi."
"Ramai orang membaca komen dan dia harus merasa malu dengan dirinya sendiri .. apa salah kiranya beliau (Chong) mengambil masa kurang dari tiga minit untuk berdiri di dalam pawagam untuk Lagu Kebangsaan kita tanpa mempersoalkannya?"
"Tindakan Chong yang berani membandingkan Malaysia sebagai sebuah negara komunis adalah melampau dan yang lebih teruk, beliau menganggap menyanyikan lagu Kebangsaan didalam pawagam adalah sesuatu yang "memalukan serta melampau"."
"Saya tidak akan berkata lebih dari ini, saya percaya ramai orang di luar sana dapat menilai sikap keji yang ditunjukkan oleh Chong, dan secara lantang menunjukkan apa yang "diwakili"nya," tegas Abdullah lagi.
"Semua warganegara dari semua lapisan biarpun berlainan latarbelakang politik mesti memahami sepenuhnya secara signifikan dan peristiwa sejarah Hari Malaysia," katanya lagi sambil menambah kita semua perlu bersama-sama merasa bangga menyambutnya.
"Ia adalah hari kebangaan di mana kita semua daripada pelbagai kaum dan agama telah membentuk negara Malaysia."
"Walau apapun keadaan, ini adalah tanah air kita di mana kita semua mesti bekerja, hidup dan berkorban bagi memastikan negara kita terus membangun dan di mana kita semua dapat hidup secara aman seperti apa yang telah kita lakukan untuk 51 tahun yang lalu."
Chong, yang juga Ahli Parlimen Kuching dan ADUN Kota Sentosa pada statusnya telah mempersoalkan lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan sebelum sebuah filem bermula dalam pawagam pada status akaun Facebooknya.
Beliau juga dengan secara sinis mempersoalkan apakah Malaysia menuju ke arah era Komunis Mao di mana rakyat negara ini kita mesti "menjerit" ke sana sini untuk menunjukkan patriotisme mereka.
Difahamkan Chong sudah pun memadam status serta meminta maaf setelah ratusan pengguna media Facebook mengutuk serta mengecam beliau di atas tindakannya. -Sarawakiana
No comments: