'/>

Selamat Bersara Tan Sri Bakri Zinin

Hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang individu yang cukup penting di dalam pimpinan tertinggi apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin akan menjalani persaraan wajib setelah hampir 39 tahun berkhidmat di dalam PDRM.

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur di antara Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dengan Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun yang akan memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim.

Dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang apabila digandingkan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar.

“Tak mungkin saya akan terasing dari dunia kepolisan walaupun selepas bersara kerana saya akan terus menyokong dan mempertahankan perjuangan PDRM sebagai seorang awam, “once a policeman, always a policeman,” kata Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin di dalam ucapannya.

Persaraan Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakri telah diraikan dalam satu istiadat Paluan Berundur di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur yang turut dihadiri Tan Sri Norian Mai, Mantan Ketua Polis Negara, barisan Pengarah PDRM, pelbagai lapisan warga PDRM dan rakan media.

Sumber FB Rasmi PDRM

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY