'/>

Syed Akhbar busukkan nama SPRM

PENULIS tak tahu apa yang terjadi kepada blog OutSyedTheBox. Sejak menyebarkan berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipulaukan Ketua-Ketua Bahagian UMNO apabila hanya 90 dari 191 Ketua Bahagian yang hadir perjumpaan 28 Ogos lepas, entry itu dan entry-entry yang lain sudah hilang dari blog berkenaan.
Kenyataan sebenarnya mungkin semua orang dah tahu, hanya 10 orang Ketua Bahagian sahaja yang tidak hadir kerana berada di luar negara serta masalah-masalah peribadi dan sebagainya, selain perjumpaan itu sendiri pun diadakan bukan atas permintaan Perdana Menteri, tapi semua ketua bahagian berkenaan.

Banyak beza tu, antara semua ketua bahagian berkenaan minta perjumpaan dengan Perdana Menteri dengan Perdana Menteri minta diadakan perjumpaan tersebut.

Isu itu bagaimanapun dah dijelaskan disini, penulis rasanya tak perlu nak panjang-panjangkan lagi soal tersebut.

Cuma nak dijelaskan sekarang ialah, tindakan pengendali blog berkenaan, Syed Akhbar Ali mengeluarkan berita palsu berkenaan bukan sahaja menjejaskan blogger pro kerajaan yang lain tapi turut mencemarkan imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana dia dilantik sebagai salah seorang panel penasihatnya.

Penulis katakan begitu sebab, bila sebut pasal SPRM, sudah tentulah ayat pertama yang terpacul di mulut dan kepala (selain rasuah) ialah intergriti dan tercalarlah intergriti SPRM bila salah seorang panel penasihat Suruhanjaya tersebut suka sebar maklumat palsu, walaupun ia tak berkaitan langsung dengan Suruhanjaya berkenaan.

Kenyataan Datuk Bung Mukhtar tentang kaitan prestasi Jerman dalam Piala Dunia dengan Nazi pun kalau ikutkan tak kena mengena dengan kerajaan sebab keluar dalam akaun Twitter peribadinya. Tapi Perdana Menteri tetap kena jelaskan pendirian kerajaan Malaysia kepada kerajaan Jerman dan arahkan Bung Mukhtar minta maaf.

Sebab, suka tak suka ia ada kaitan dengan intergriti kerajaan memandangkan Bung Mokhtar adalah seorang ahli Parlimen kerajaan.

Patutnya orang macam Syed Akhbar Ali yang suka kondem Perdana Menteri dan orang lain macam dia saja hebat ni, fahamlah tentang perkara itu. Ini bukan pertama kali tau, seingat penulis sudah beberapa kali sehingga ada satu kes dimana Syed Akhbar terpaksa memadankam satu artikel palsu (bukan artikel yang ini) bila ditegur di ruangan komen!!

Ingat dah taubat dah, rupanya dibuat jugak lagi.

Sumber

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY