'/>

Siapa yang lebih berkuasa Kastam atau SKMM berhubung isu kad prabayar?

Tidak sampai beberapa jam selepas Kastam mengarahkan semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menolak arahan tersebut.

Pagi tadi media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Bagaimanapun, SKMM yang bertanggungjawab mengawal selia industri telekomunikasi membuat kenyataan akhbar melalui laman Facebook mereka bahawa isian semula prabayar akan terus dijual dengan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) ditambah kepada amaun isian semula.

Sebagai contoh, isian semula RM10.00 akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST 6%, perjelas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

“Seperti kenyataan kami pada 3 April 2015, satu kajian akan dijalankan oleh pembekal komunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan. Sebagai contoh, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 dengan tambahan 6% GST) atau RM10.00 (isian semula dengan nilai RM9.43 dengan tambahan 6% GST).”

Siapa yang lebih berkuasa sebenarnya, Kastam atau SKMM? Mengapa SKMM tidak boleh mengikut arahan Kastam yang merupakan pihak pengawal selia pelaksanaan GST ini?

Mungkin sudah tiba masanya Menteri Komunikasi dan Multimedia pecat sahaja Pengerusi SKMM Datuk Sri Dr. Halim Shafie ini. Beliau tiada kuasa untuk menidakkan arahan Kastam dalam isu GST.

Sebagai badan pengawal selia industri adalah tanggungjawab SKMM memastikan dasar dan polisi kerajaan dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi (telco) bukannya menjadi agen menjaga kepentingan mereka.

SKMM perlu sedar tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat dari ditindas oleh Telco bukannya menjaga kepentingan Telco.sumber:mkmu.net

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY