'/>

Kebakaran di Long Unai

80 orang penduduk di Long Unai, Hulu Sungai Rejang dekat Belaga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran kira - kira pukul dua petang tadi.

Kejadian melibatkan 14 buah pintu rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan yang terletak di pendalaman daerah Belaga terbabit.

Menurut wakil Pemuda Parti Rakyat Sarawak DUN Belaga, Haider Kowel Bete ketika dihubungi RTM Bintulu kebakaran yang memusnahkan 14 pintu rumah panjang terbabit berpunca daripada tindakan penduduk yang lupa menutup api dapur gas.

Ada penduduk dikatakan sedang memasak air dan dapur gas tersebut meletup sekaligus mengakibatkan berlaku  kebakaran.

Dua blok rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan di Long Unai yang musnah terbabit merupakan antara penempatan yang paling hulu selepas kawasan Empangan Bakun.

ADUN Belaga, Liwan Lagang ketika dihubungi RTM memaklumkan telah mendapat maklumat mengenai kejadian terbabit dan usaha membantu mangsa kebakaran sedang diusahakan menerusi Pejabat Daerah Belaga.


No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY