Sebuah Pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ425 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang tadi selepas mengalami kebakaran kecil dibahagian kargo pesawat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), PBKII Rizal berkata, pesawat yang membawa 190 orang penumpang itu berlepas dari Mumbai, India pada jam 8.44 pagi dan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 4.44 petang.
Pesawat Singapore Airlines itu mengalami kebakaran kecil di bahagian kargo dan terpaksa mendarat di KLIA pada jam 3.55 petang.
Tambah beliau, punca kebakaran kecil di bahagian kargo pesawat itu masih disiasat.
“Bagaimanapun pesawat jenis Boeing 777-200 bersama penumpang itu mendarat dengan selamat dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” jelas Rizal.
“Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dan kerja-kerja pemindahan penumpang ke terminal sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi.
No comments: