'/>

9 ranting pemuda PBB lambir mahu YB Ripin dicalonkan semula

Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir mahu Ripin Lamat dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Lambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sokongan dilaungkan oleh ahli-ahli jawatankuasa ranting Satap, Subak, Keluru Jaya, Tunku Abdul Rahman, Taman Tunku, Lusut, Bakam, Hulu Sibuti dan Peninjau.

Ketua Pemuda PBB Lambir, Mostaffa Yussof berkata sokongan padu juga diberikan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membolehkan beliau mendapat mandat besar pada PRN 2016 ini.

Beliau berkata, turut menyokong pemilihan semula Ripin sebagai calon PBB di Lambir ialah ahli-ahli jawatankuasa protem Pemuda Ranting Beraya, Kejapil dan Batu Lapan.

“Kita mahu Ripin dicalonkan kerana beliau seorang bekerja keras, tidak perlu keadaan rasmi bila dijemput, beliau boleh datang. Beliau juga telah banyak menyumbang kemajuan di kawasan luar bandar,” jelas Mostaffa.

Bermula kelmarin, Pemuda PBB Lambir melancarkan jentera pilihan raya Pemuda PBB Lambir dan menubuhkan Jawatankuasa Kawal Selia sebagai persiapan menempuh kempen PRN dijangka diadakan dalam masa terdekat ini. – Utusan Borneo. 

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY