'/>

800 batang balak dirampas di Perairan Sungai Merah,Batang Igan

Lebih kurang 800 batang kayu balak pelbagai saiz bernilai kira-kira RM280,000.00 dirampas polis Marin dalam satu operasi di perairan Sungai Merah, Batang Igan, Sibu semalam.

Bertindak atas maklumat daripada orang ramai, satu pasukan polis diketuai seorang pegawai dan tiga anggota telah ke lokasi menggunakan bot.

Mereka menemui longgokan kayu yang diikat seperti rakit, yang disyaki telah diperolehi secara tidak sah.

Setelah menunggu lebih sejam, tiada pihak tampil menuntut kayu itu milik mereka.

Pihak polis telah menghubungi Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

ACP KALAI CHELVAN A/L NADARAJAN ( KPPM WIL 5 )

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sumber:Sarawak update

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY